May 19, 2022

Barisan Nasional Terus Konsisten Jadi Kerajaan Yang Diyakini Rakyat

2 min read

Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac memperlihatkan Barisan Nasional (BN) mencipta sejarah apabila memenangi 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk bentuk kerajaan negeri dengan mandat baharu dengan majoriti dua pertiga.

Kemenangan ini sedikit sebanyak adalah kesan positif Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turun padang membantu kempen BN.

Beliau sejak dari awal optimis bahawa BN akan menang majoriti dua pertiga.

Antara faktor utama yang tidak boleh dinafikan adalah keyakinan rakyat kepada kepimpinan yang diterajui oleh Perdana Menteri.

Rakyat boleh menilai bagaimana selepas pilihanraya umum ke 14, buat pertama kalinya di dalam sejarah, Malaysia bertukar kepada tiga orang Perdana Menteri.

Dari Mahathir sebagai Perdana Menteri dari Pakatan Harapan (PH) yang memenangi PRU14 kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dipilih oleh ahli parlimen kerana Mahathir melepaskan jawatannya tanpa diketahui sebab sebenar sehingga ke hari ini.

Muhyiddin adalah Perdana Menteri pertama Malaysia yang dipilih oleh majoriti ahli parlimen.

Beliau gagal mengurus isu utama negara ketika Malaysia dilanda pandemik COVID-19 dan akhirnya Muhyiddin hilang jawatan akibat tidak lagi mendapat sokongan dari majoriti ahli parlimen.

Sejarah tercipta apabila Malaysia sebagai satu-satunya negara yang mengistiharkan darurat, parlimen digantung dan ‘lock-down’ yang paling lama.

Rakyat terhimpit dan ekonomi merudum kepada penunjuk aras yang begitu membimbangkan. Malah pelabur-pelabur utama mula mengalihkan operasi mereka ke negara jiran.

Akhirnya sekali lagi Perdana Menteri dipilih oleh Ahli Parlimen dan hanya nama Ismail Sabri dicalonkan dan dipersetujui oleh majoriti wakil rakyat.

Ismail Sabri tidak menunggu lama untuk mendapatkan keyakinan rakyat terhadap beliau dan di waktu yang sama kepada parti yang diwakilinya, UMNO BN.

Bukan setakat diuji oleh virus baharu COVID-19 tetapi juga dengan banjir besar yang melanda Selangor secara tiba-tiba dan beberapa negeri yang lain.

Kepantasan dan keberanian beliau membuat keputusan membezakan beliau dengan Perdana Menteri yang sebelumnya termasuk Mahathir walaupun Mahathir berpengalaman lebih dari 20 tahun.

Terbaharu, Ismail Sabri membuat keputusan awal bagi peniaga bazar Ramadhan bahawa perniagaan pada bulan puasa kali ini kembali seperti sediakala dengan amalan SOP yang digariskan. Ianya bersamaan dengan peralihan dari pandemik kepada fasa endamik. Segala penilaian risiko telah diambil kira oleh YAB Perdana Menteri.

Pengumuman peralihan ini sekali gus menghilangkan resah rakyat dan menaikkan graf keyakinan rakyat kepada kepimpinan Ismail itu sendiri.

Serentak dengan fasa endemik ini juga, Ismail Sabri mengumumkan pembukaan sempadan Johor-Singapura pada 1 haribulan Apri nanti.

Hari ini, Ismail Sabri melegakan hati ramai rakyat Malaysia yang merupakan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) apabila mengumumkan kelulusan kerajaan untuk pengeluaran khas RM10,000.

Keputusan berhemah dan yang dibuat atas dasar kepentingan rakyat didahulukan inilah yang menyebabkan rakyat negara dan Johor khasnya bertambah yakin bahawa kerajaan yang dipimpin oleh Barisan Nasional perlu diberi sokongan yang padu.

Dato Ismail Sabri sekali lagi berjaya menjadi contoh kepimpinan dari UMNO BN mampu membawa negara dan rakyat keluar dari permasalahan terkini yang turut dihadapi oleh negara lain juga.

Lebih utama, beliau berjaya tunjukkan bahawa beliau adalah Perdana Menteri yang berjaya meletakkan negara di dalam zon stabil lebih awal dari yang dijangkakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.