August 7, 2022

London Kini Tempat Tinggal Burung Bayan Atau Parakeet Spesis Parot Kecil

2 min read

Seekor burung bayan atau burung jenis Ring-Necked Parakeets memakan sejenis bunga Sakura di St James's Park.

Habitat asal burung bayan atau istilah Inggerisnya Parakeet adalah di kawasan kaki pergunungan Himalaya dan beberapa lokasi di Afrika Utara.

Akan tetapi, sejak beberapa lama kebelakangan ini, burung jenis ini sudah membiak dengan begitu banyak di London.

Burun Bayan adalah burung spesis parot yang kecil sehingga sederhana.

Tidak ada sesiapa yang tahu bagaimana London boleh menjadi rumah kepada burung yang cantik dan comel ini tetapi banyak teori dan cerita dalam kalangan warga London menceritakan bagaimana ia berlaku.

Ada cerita bahawa artis Jimi Hendrix pada tahun 1968 berjalan di Carnaby Street sambil membawa sangkar burung di tangannya.

Dia kemudian sebagai satu simbolik membuka sangkar burung berkenaan dan membebaskan dua ekor burung bayan yang bernama Adan dan Eve.

Dua ekor burung berkenaan disebut-sebut menjadi punca spesis berkenaan membiak dengan baik di London.

Burung Bayan London kelihatan terbang melintasi bangunan-bangunan di ibu negara United Kingdom itu.

Ada yang percaya burung-burung berkenaan berjaya melarikan diri dari set perfileman The African Queen pada tahun 1951 ketika burung berkenaan digunakan untuk mencipta semula suasana seperti di Afrika Timur di Studio Isleworth di United Kingdom (UK).

Burung berkenaan bagaimanapun tidak muncul di dalam tayangan filem berkenaan kesudahannya.

Ada cerita juga tentang cuaca buruk yang melanda sehingga merosakkan beberapa lokasi aviari burung sehingga menyebabkan beberapa ekor terlepas.

Pakar tidak mengesahkan atau menolak kesemua teori yang ada tetapi mereka yakin burung bayan London tidak membiak berpunca dari hanya satu pasangan burung sahaja.

Tidak ada sesiapa juga dapat mengesahkan bila burung berkenaan kali pertama dilihat di London tetapi ia sudah dilihat sejak tahun 1893 apabila sepasang burung bayan dilaporkan dilihat di Dulwich.

Hanya pada abad ke-20 koloni besar dapat dilihat di Kingston.

Seorang wanita yang sedang bersiar-siar memberikan burung bayan London makan di Hyde Park.

Kini, burung bayan London sudah menguasai beberapa lokasi dengan populasi mereka seperti di Hyde Park, Notting Hill dan Hampstead Heath.

Burung bayan yang berada di London dilihat takkan hilang dan terus membiak sehingga ke hari ini dai mungkin akan kekal di London sampai bila-bila.

Sekarang di London, ada kira-kira 50,000 burung bayan menjadi London rumah mereka. – SEPATAH DUA

Leave a Reply

Your email address will not be published.