August 15, 2022

Ismail Sabri Perdana Menteri Yang Menyatukan Politik Malaysia Dalam Kemelut

2 min read

Bukan suatu perkara mudah bagi pemimpin sesebuah negara yang berbilang kaum dan agama serta kepelbagaian idealogi politik dapat disatukan dan dapat duduk bersama menyokong halatuju kerajaan yang memerintah.

Lebih sukar lagi apabila menjadi seorang pemimpin tertinggi dengan keadaan kerajaan yang tidak begitu kukuh serta bergantung pada bilangan majoriti yang sedikit.

Bukan hanya berjaya membawa parti-parti politik bersetuju menandatangani memorandum persefahaman untuk memberi tumpuan membawa keluar negara dari permasalahan pandemik COVID-19 malah bersama untuk memastikan negara pulih sepenuhnya dari kesan virus yang membunuh itu.

Namun, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berjaya menunjukkan pentadbiran yang baik demi rakyat dalam keadaan sekarang bukan sesuatu yang mustahil.

Beliau berjaya menjalankan pentadbiran sesuai dengan titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah iaitu untuk memberi keutamaan kepada negara dan rakyat.

Ismail Sabri juga turut membuktikan bahawa beliau satu-satunya Perdana Menteri yang berjaya memimpin negara yang mana jemaah menterinya datang dari pelbagai parti politik.

Kejayaan yang dicapai amat singkat waktunya, tidak sampai pun enam bulan beliau menjadi perdana menteri selepas menggantikan Muhyiddin Yassin yang gagal pertahankan jawatan sebagai Perdana Menteri kerana majoriti ahli parlimen hilang kepercayaan terhadapnya.

Dengan keyakinan dan pengalaman menguruskan negara dengan cemerlang di dalam masa yang singkat, sekali lagi Ismail Sabri membuktikan dirinya adalah seorang pemimpin yang mampu menyatukan ‘kabilah-kabilah’ yang wujud di dalam partinya sendiri, UMNO.

Melalui konsep musyawarah yang menjadi faktor utama, Ismail Sabri membuat pendekatan yang berbeza dengan pemimpin sebelumnya.

Walaupun hanya bersandarkan jawatan Naib Presiden parti tetapi sifat dan sikapnya yang bersederhana mampu menundukkan serangan-serangan liar yang tidak berasas dari dalaman parti sendiri.

Usaha melaga-lagakan antara kepimpinan tertinggi UMNO juga dapat ditepis apabila amalan musyawarah yang diamalkan sekian lama oleh kepimpinan tertinggi UMNO mampu mencapai titik persamaan di dalam membuat keputusan walaupun berbeza dari segi pandangan dan cadangan.

Ciri-ciri semulajadi yang ada pada Ismail Sabri yang menyebabkan musuh di dalam selimut mempunyai jalan sukar untuk mengadu domba.

Wujudnya pencacai upahan yang ‘bertuan’ seperti Zamil yang jelas bukannya dari ahli parti UMNO serta beberapa individu lain yang berselindung di sebalik nama ‘pejuang UMNO’ sedikit pun tidak menguntungkan UMNO BN.

Provokasi yang berterusan untuk memecahbelahkan hubungan antara pemimpin UMNO oleh pencacai berbayar ini harus dibendung dengan segera.

Hidup kumpulan perosak parti UMNO ini hanya bertuhankan duit semata-mata.

Umpama anjing gila, akan menggigit tangan tuannya sendiri walaupun ketika disuap makanan ke mulutnya.

Agen-agen yang bernafsu haiwan gila ini sentiasa mencari peluang merekayasa fitnah terhadap kepimpinan UMNO BN. Apatah lagi pencacai mula tidak senang duduk melihat bagaimana di Perhimpunan Agung UMNO 2021, Ismail Sabri berjaya membuktikan bahawa beliau adalah wira penyatuan UMNO BN.

Bukan sekadar kemampuan membawa kesemua pemimpin parti politik yang berbeza aliran bersama membangunkan negara tetapi berjaya menyatukan puak-puak yang bertelagah di dalam UMNO kepada memberi fokus bagaimana supaya UMNO dan Barisan Nasional (BN) menang besar di Pilihan Raya Umum ke-15.

Material seorang pemimpin nombor satu sememangnya ada pada Ismail Sabri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.