March 23, 2023

Kembar Siam Ini Enggan Dipisahkan Kerana Mahu Terus Hidup Bersama

1 min read

Kembar siam, Mohna dan Sohna Singh berkongsi beberapa organ penting termasuk mereka menggunakan sepasang kaki yang sama.

Ini ialah pasangan kembar Siam dari Punjab, India iaitu Mohna Singh dan Sohna Singh yang berusia 19 tahun yang membuat keputusan tidak mahu dipisahkan kerana risiko jika dipisahkan seorang daripada mereka akan mati.

Pasangan kembar ini bercantum di bahagian badang dan berkongsi sepasang kaki.

Mereka membesar di Amritsar India dan kini bekerja sebagai juru elektrik yang menjadi minat mereka sejak dulu.

Sebelum ini, para doktor memaklumkan, pembedahan memisahkan kedua-dua mereka akan menyebabkan seorang tidak berjaya diselamatkan. Mereka kemudian membuat keputusan untuk hidup bersama sehingga ke akhir hayat.

“Mesej kami kepada dunia ialah mereka begitu bahagia berdua.

“Kami mahu orang ramai belajar dan mendapat inspirasi dari kami kerana kami amat menghargai kehidupan kami walaupun kami merupakan kembar siam,” kata mereka.

Dalam satu video Youtube pada 12 Februari lalu di saluran Youtube Truly, menurut mereka, mereka dilahirkan dalam keluarga yang mempunyai masalah kewangan.

Pasangan ibu bapa mereka pernah bertanya jika ada sesiapa orang lain yang mahu menjaga dan membesarkan mereka dek kerana keadaan mereka seperti itu.

Mereka kemudian dibesarkan oleh sebuah pertubuhan yang memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan di Punjab. – SEPATAH DUA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *