December 6, 2023

‘Cross Sea’ : Ombak Petak Yang Unik Tetapi Menggerunkan

1 min read

Anda sukakan laut? Suka dengan alunan ombak dan desiran angin? Tentu anda tidak asing lagi dengan ombak pantai. Melihat ombak beralun sangat mengasyikkan. Namun, jika anda terjumpa dengan ombak petak, berwaspada!

Fenomena ombak petak atau dikenali ‘cross sea’ berlaku apabila dua ombak yang datang dari arah berbeza dan bertemu sesama sendiri. Ombak ini dikategorikan sebagai ombak yang berisiko tinggi dan berbahaya sehingga mampu memterbalikkan sebuah kapal.

Walaupun bentuknya sangat menarik dan unik dari pandangan mata, tetapi arus di bawah laut sangat mengganas. Angin laut yang bertiup kencang dari kedua-dua arah menjadi faktor terhasilnya fenomena ini.

Selalunya kejadian ini berlaku di pantai Isle of Rhé, Perancis. Ombak petak yang jarang berlaku, namun, boleh dilihat di kawasan tersebut atas faktor geologi yang mempengaruhinya. Fenomena ini berjaya menarik ribuan pengunjung melawati rumah api kawasan pantai tersebut.

Hakikatnya, apabila ombak petak berlaku, sukar untuk perenang ataupun pengemudi bot membaca keadaan laut pada ketika itu.

Kadang, ombak yang dicetuskan oleh ‘Cross Sea’ boleh mencapai ketinggian 10 kaki yang mana mampu menenggelamkan bot besar. Ianya kerana ‘Cross Sea’ menghasilkan gelombang ‘rip current’ di dasar lautan yang membahayakan kapal dan bot di atas lautan.

Secara tuntasnya, ombak petak membuktikan laut bukanlah sebuah mainan. Tetapi, laut boleh menjadi medan yang menenangkan dan tempat yang membahayakan. – SEPATAH DUA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *