May 19, 2022

Elak Parti Musnah, Agenda Dalang Dari Dalam Mesti Dihalang

3 min read

 

Sekuat mana pun parti politik, sehebat mana pun pemimpin yang berada di dalamnya namun di akhirnya parti politik atau organisasi tersebut akan musnah sekiranya dalang peliharaan mereka tidak dihalang.

Samada cepat atau lambat, proses kerosakan parti tetap akan sampai ke penghujungnya.

Dalang perosak parti sanggup berhabis wang ringgit demi mencapai cita-cita tidak baiknya.

Matlamat menghalalkan cara adalah strategi utama mereka ini.

UMNO tidak terkecuali. Ketika kalah, tidak ramai yang setia dan berusaha memulihkan kembali imej UMNO yang tercalar teruk.

Berapa ramai pemimpin yang kononnya setia dengan berjawatan menteri selama Barisan Nasional menjadi kerajaan lari meninggalkan UMNO di saat UMNO BN kalah teruk? Samada diuji dengan habuan kuasa dan harta atau ketakutan kerana diugut bakal ke penjara Sungai Buloh?

Lupakah ahli UMNO siapa dan kenapa Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen?

Apakah ahli UMNO lupa bagaimana Ismail Sabri berjaya menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Pembangkang dan kemampuan beliau berhadapan dengan kerajaan PH termasuk ketuanya Tun Mahathir?

Kewibawaan Ismail Sabri telah diuji dari awal dan tiada siapa pun mengambil maklum keupayaan beliau berhujah dalam Dewan Rakyat.

Sehingga Anwar Ibrahim pun terkedu diam apabila Ismail Sabri membentangkan isu rakyat ketika itu.

Namun kerja dalang pengkhianat parti muncul setelah Ismail Sabri dilantik menjadi Perdana Menteri ke 9 bagi menggantikan Muhyiddin Yassin yang gagal mempertahankan kedudukannya akibat hilang kepercayaan majoriti anggota parlimen.

Dakyah jahat dalang musuh dalaman parti cuba merosakkan imej Ismail Sabri kononnya begitu takut dan tunduk kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin juga gagal apabila kurang dari enam bulan Ismail Sabri berjaya dengan cemerlang membawa amanah negara dan rakyat terutama di dalam isu pandemik COVID-19 dan bencana banjir besar yang melanda.

Kejayaan Ismail Sabri menguruskan ekonomi rakyat dan negara di waktu dunia menghadapi masalah yang sama tidak boleh dipertikaikan kerana terbukti peralihan dari fasa pandemik kepada endemik berjalan lancar serta teratur mengikut apa yang beliau gariskan.

Malah mendapat penghormatan dari parti lawan yang turut berada di dalam mahu pun di luar kerajaan.

Kebijaksanaan beliau menyusun menteri kabinetnya memberi fokus utama kepada titah Baginda Yang di Pertuan Agong juga menjadi bukti betapa Ismail mampu membawa ‘kerajaan campuran’ duduk semeja bagi menyelesaikan masalah rakyat dan negara sebagai matlamat utama kerajaan di bawah pimpinannya.

Kejayaan singkat beliau dalam urus tadbir negara menyebabkan rakyat kembali menyakini UMNO BN dan ini terbukti apabila UMNO BN berjaya menang bergaya di beberapa pilihanraya kecil, pilihanraya di Sabah dan Sarawak serta pilihanraya negeri Melaka dan terbaharu di Johor.

Kemenangan yang dicapai UMNO BN ini adalah kerana rakyat mula kembali menaruh keyakinan terhadap kepimpinan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri.

Sikap tenang menghadapi apa juga isu mendatang merupakan sifat semulajadinya.

Inilah kunci utama Ismail Sabri mematahkan setiap serangan liar terhadap dirinya. Bahkan dalang pengkhianat parti menjadi hilang arah.

Semakin diserang, semakin kuat Ismail mendapat sokongan dan dokongan baik dari ahli parti atau pun dari rakyat secara keseluruhannya.

Pendekatan Ismail Sabri yang cukup sederhana berjaya menambat hati seluruh lapisan rakyat.

Ahli UMNO juga boleh menilai sendiri kesetiaan Ismail terhadap UMNO BN selama ini.

Ismail Sabri melepasi ujian kesetiaan kepada parti di ketika UMNO BN tersungkur pada Pilihanraya Umum ke-14.

Leave a Reply

Your email address will not be published.