August 12, 2022

RUU SOSMA : Ada Unsur Khianat Dari Dalam?

2 min read

 

Ada cakap-cakap mengatakan bahawa kegagalan kerajaan berjaya meluluskan Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) di Parlimen kelmarin menandakan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sudah hilang sokongan majoriti Ahli Parlimen.

Ada juga yang mengatakan bahawa kegagalan undian semalam adalah tekanan dari pihak tertentu kepada Perdana Menteri untuk mengambil langkah membubarkan Parlimen seterusnya memberi laluan untuk diadakan Pilihan Raya Umum (PRU) dalam masa terdekat.

Adakah ini ada unsur perbuatan dengan niat tidak baik untuk mensabotaj pentadbiran kerajaan pimpinan Ismail Sabri dari dalam untuk menyaksikan kerajaan yang diterajui Perdana Menteri dari UMNO runtuh?

Adakah ini ancaman dari dalam kerajaan atau dalam parti untuk terus memberikan tekanan?

Ada cakap-cakap juga mengatakan bahawa unsur sabotaj ini adalah hasil daripada kelantangan ucapan Ismail Sabri dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini bertujuan menuntut pembubaran Parlimen.

Mereka menyatakan jika hendak tahu siapa yang mungkin terlibat dalam perbuatan ini, lihat sahaja pada siapa Ahli Parlimen yang tidak hadir pada hari itu.

Antaranya ialah Pontian, Bagan Datuk, Pekan, Sembrong, Kuala Pilah, Ayer Hitam, Tapah, Bandar Tun Razak, Kinabatangan Nibong Tebal. Ada ramai lagi tetapi yang tertera di artikel ini cuma sebahagian sahaja.

Selain itu, perbuatan ini juga mungkin dari pihak pembangkang iaitu Pakatan Harapan (PH) yang mahu kerajaan yang ada sekarang runtuh seterusnya merosakkan kredibiliti Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu dan Lim Guan Eng.

Sesiapa sahaja boleh menjadi dalang dan penyebab kepada kejadian di dalam Dewan Rakyat pada ketika itu.

Yang nyata, pihak yang bersorak gembira sampai mengambil gambar di dalam Parlimen adalah dari wakil rakyat pembangkang kerana berjaya mengagalkan undi belah bahagi usul dari kerajaan di dalam sidang Dewan Rakyat.

Walau apa pun yang berlaku, Ismail Sabri tetap menjalankan tugas pentadbiran sebagai Perdana Menteri seperti biasa untuk kepentingan dan kebajikan rakyat.

Kegagalan undi berkenaan tidak membawa kepada Perdana Menteri kehilangan sokongan majoriti di dalam Parlimen.

Ia boleh berlaku jika ada Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan atau belanjawan ditolak oleh Ahli Parlimen.

Kredibiliti Ismail Sabri tetap utuh sebagai Perdana Menteri dan kerajaan tetap berfungsi untuk menjalankan pentadbiran seperti biasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published.