December 6, 2023

Kenderaan Berat Ada Had Masa Boleh Masuk Ke Ibu Kota Kuala Lumpur

1 min read

Kenderaan berat yang ingin masuk ke pusat bandar Kuala Lumpur kini telah dikenakan had masa tertentu pada dua waktu puncak iaitu pukul 6.30 pagi hingga pukul 9.30 pagi dan pukul 4.30 petang hingga pukul 7.30 petang.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, mana-mana pihak yang gagal mematuhinya boleh dikenakan notis kompaun mengikut peruntukan Undang-Undang Kecil Pengangkutan Bahan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1997.

“Sejak tahun 2020 hingga bulan Mac 2022, sebanyak 2,189 notis kompaun telah dikeluarkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata operasi penguatkuasaan akan dilakukan dari masa ke semasa oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan agensi penguatkuasa lain untuk memastikan semua pihak mematuhi peraturan dan arahan bagi memastikan Kuala Lumpur menjadi bandar raya yang selamat.

“Pelbagai langkah telah diambil oleh pihak DBKP bagi memastikan larangan berkenaan dipatuhi.

“Antaranya ialah, memaparkan masa larangan masuk kenderaan berat pada paparan Variable Message Sign (VMS) yang terdapat di jalan-jalan masuk utama Kuala Lumpur.

“Meletakkan notis awam yang lebih visible (dilihat) di lokasi-lokasi strategik di jalan masuk utama,” kata Jalaluddin.

Pengguna jalan raya sering terganggu dengan kehadiran kenderaan berat pada awal pagi mingu bekerja di jalan utama sekitar bandar raya sehingga keadaan menjadi berbahaya untuk pengguna lain. – SEPATAH DUA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *