Perdana Menteri Ismail Sabri menjadikan pihak lawan semakin sukar dan mati langkah
2 min read
‘Pi mai pi mai tang tu’… Inilah kata ungkapan yang paling tepat bagi pihak lawan UMNO BN untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 kelak.
Tidak ada cara dan jalan lain, pakatan harapan perlu diberi nafas baharu. Pakatan harapan 2.0 terpaksa ‘dihidupkan’ kembali bagi menyekat kemaraan UMNO dan Barisan Nasional (BN) (UMNO BN) yang kembali mendapat tempat di hati rakyat.
Tun Dr Mahathir Mohamad seperti hilang akal dan kesemua parti lawan UMNO BN turut terkesan teruk dengan peningkatan penerimaan rakyat terhadap UMNO BN.
Mahathir terpaksa merancang bergabung dengan parti-parti lain seperti sebelumnya. Ini kerana Ismail Sabri.
Gaya kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob banyak memberi kesan kepada rakyat secara keseluruhannya termasuk impak positif kepada pelabur dari luar negara.
Terbaharu, ratusan juta ringgit nilai pelaburan terkini yang di perolehi dari Qatar di mana sebelumnya negara Timur Tengah tersebut telah pun melabur melebihi angka bilion ringgit di negara ini.
Usaha kerajaan pimpinan Ismail Sabri lebih tersusun dan perlaksanaannya juga mengikut jadual, inilah antara faktor utama bagaimana negara jiran juga turut bertambah yakin dengan gaya kepimpinan beliau.
Seluruh dunia juga boleh menyaksikan bagaimana Ismail Sabri menguruskan pandemik virus COVID-19 sehingga berjaya membawa Malaysia masuk ke fasa peralihan endemik bermula 1 April 2022.
Bukan itu sahaja, dunia juga boleh melihat cara pengurusan dan menangani masalah rakyat ketika pandemik itu juga menjadi bukti bagaimana Perdana Menteri memberi fokus mengutamakan ekonomi rakyat dan negara.
Ismail Sabri berjaya membawa keluar rakyat dari kesan kemelut virus membunuh dengan perlaksanaan pakej rangsangan khas dan juga meletakkan kembali negara di landasan yang sebaiknya.
Walaupun kerajaan yang dipimpin oleh Ismail adalah kerajaan campuran namun kejayaan beliau mewujudkan sebuah kerajaan yang stabil menjadikan beliau dihormati pihak lawan yang turut berada di dalam kabinetnya.
Amanah yang digalas atas titah Baginda Yang diPertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah dapat disempurnakan dengan baik menambah lagi nilai keperibadian kepimpinannya.
Benarlah kata Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Perhimpunan Agung UMNO yang baru sahaja selesai bahawa beliau dan Datuk Seri Muhamad Hasan sebagai Timbalan Presiden parti menjaga UMNO BN dan menyokong penuh Ismail Sabri memimpin kerajaan.
Kata-kata inilah yang mematikan akal dan langkah pihak lawan.
Seorang pemimpin UMNO BN yang berintegriti dan telah membuktikan kejayaan menguruskan negara di saat pandemik melanda seluruh dunia.
Sesungguhnya masih ada pemimpin dari UMNO dan BN yang berkaliber untuk membawa rakyat dan negara ke arah kemakmuran dan beliau adalah Ismail Sabri.