January 30, 2023

UMNO perlu pemimpin berimej bersih hadapi pilihan raya

3 min read

Menjadi satu elemen penting untuk sesebuah parti untuk tampilkan pemimpin yang berimej bersih dari sebarang pendakwaan atau siaUMNOsatan oleh pihak berkuasa.

Paling penting ialah calon Perdana Menteri dari Barisan Nasional (BN) mesti mereka yang kurang ada isu untuk dijadikan peluru serangan pihak lawan terutamanya dari parti pembangkang untuk berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 nanti.

Malah calon tersebut juga perlu berani berhadapan dengan siapa sahaja pemimpin utama dari blok parti lawan.

Samada isu tersebut adalah berupa kes yang sedang berjalan di mahkamah atau pun masih di peringkat siasatan oleh pihak berwajib, UMNO BN wajar berhati-hati kerana pihak lawan juga melatakkan taruhan calon mereka dari kategori beritegriti.

Soal ‘pendakwaan politik’ atau sebaliknya itu perkara kedua kerana yang utama UMNO BN perlu mengurangkan ianya bakal menjadi modal serangan sepanjang masa dalam kempen.

Pengajaran yang berguna ketika UMNO BN tumbang di pilihanraya umum ke 14 dahulu adalah kerana gagal mengawal persepsi negatif yang datang bertubi-tubi sehinggakan rakyat termakan dengan doktrin tersebut.

PRU ke-15 adalah penentu hayat UMNO BN seterusnya. Kemenangan di beberapa siri pilihanraya kecil dan negeri bukan indikator sebenar penerimaan rakyat secara keseluruhan.

Kemenangan di pilihanraya kecil dan negeri adalah permulaan penerimaan rakyat terhadap gaya kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri dan juga kerana kurangnya isu terhadap batang tubuh beliau.

Rakyat mengikuti dari awal tugasan beliau sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen selepas UMNO BN kalah sehinggalah beliau di pilih oleh majoriti ahli parlimen termasuk dari parti lawan UMNO BN sebagai Perdana Menteri menggantikan Muhyiddin.

Keberanian beliau berhadapan dengan Mahathir sebagai perdana menteri kerajaan pakatan harapan di dalam memperjuangkan pelbagai isu rakyat dan negara menjadikan beliau semakin mendapat tempat di hati rakyat.

Kejayaan tersebut terus diterjemahkan apabila Ismail menjadi Perdana Menteri, isu rakyat dan negara seiring mendapat perhatian dari Ismail Sabri.

Imej positif negara di mata dunia juga sudah mulai mendapat perhatian dan pelabur mula menaruh keyakinan kepada Ismail Sabri apabila berbilion ringgit mula mengalir masuk melalui hasil lawatan beliau ke luar negara.

Saat ini, sekiranya UMNO BN inginkan kemenangan besar di PRU15 maka Ismail Sabri adalah calon taruhan terbaik sebagai Perdana Menteri.

Pemimpin utama UMNO BN yang sedang berhadapan dengan kes pendakwaan di mahkamah dan juga yang sedang disiasat oleh pihak berwajib perlu berjiwa besar dan meletakkan kepentingan parti di hadapan.

Bukan itu sahaja, sekiranya inginkan UMNO BN kekal relevan maka mestilah ‘berehat’ seketika dengan memberi tumpuan kepada kes yang sedang dihadapi.

Pengorbanan ini juga akan menjadi antara faktor penting kemenangan UMNO BN kelak kerana rakyat melihat kesungguhan pemimpin mereka membersihkan imej parti.

Ada pemimpin tertinggi UMNO perlu berbesar hati dan dilihat perlu memberi laluan kepada Ismail Sabri.

Walaupun kes tersebut dikatakan ditarik balik tetapi tidak mustahil akan dibuka semula seperti kes Lim Guan Eng kerana sudah mula kedengaran ianya juga terkait dengan bekas peguam negara Tommy Thomas di zaman Mahathir sebagai Perdana Menteri pakatan harapan. Sikap menikus Mohamad Hasan terhadap Mahathir ketika itu mula menimbulkan keraguan sekarang ini.

Jangan kerana ketamakan kuasa dan tidak mempedulikan keinginan rakyat yang inginkan pemimpin bersih dan berani maka UMNO BN tersungkur lagi di PRU ke 15.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *