March 23, 2023

Peminat tanaman UK berjaya cipta rekod dunia pokok tomato hasilkan lebih 1,000 biji buah

1 min read

Douglas Smith bergambar di sisi pokok tomatonya yang dinobatkan sebagai rekod baru dunia Guiness apabila ia menghasilkan 1,269 biji tomato. - Foto Oddity Central.

Seorang peminat tanaman dari Hertfordshire, United Kingdom (UK) telah mencipta rekod dunia Guiness dengan berjaya menghasilkan tomato paling banyak di atas sebatang pokok iaitu lebih 1,000 biji.

Sebelum ini, rekod yang sama gagal dicabar untuk lebih satu dekad.

Pemegang rekod berkenaan Douglas Smith memang mengetahui bahawa satu hari nanti beliau akan memecah rekod berkenaan kerana yakin boleh menghasilkan sebanyak 488 biji tomato di atas sebatang pokok.

Tahun lepas, beliau berjaya mengeluarkan 839 biji tomato pada sebatang pokok yang dibesarkan di dalam rumah hijau.

Rekod berkenaan dipecahkan hanya beberapa minggu selepas itu dengan penghasilan 1,269 biji tomato dari hanya sebatang pokok.

Douglas ialah seorang yang obses dengan tanaman. Beliau menghabiskan kira-kira empat jam sehari di taman belakang rumahnya menguruskan pokok-pokok yang ditanam.

Beliau mempunyai impian untuk menjadi peminat tanaman yang disegani di seluruh dunia.

Untuk mencipta rekod itu, Douglas telah meneliti banyak kertas penyelidikan saintifik serta mengambil sampel tanah untuk diuji di makmal dan ternyata ia berbaloi.

“Sepatutnya tahun ini ialah tahun saya melakukan eksperiman untuk melihat pokok tomato mana yang akan mengeluarkan paling banyak buah dan saya amat terkejut,” katanya.

Kejayaan ini sebenarnya merupakan kejayaan terbaharu beliau.

Pada tahun 2020, dia berjaya membesarkan sebatang pokok bunga matahari setinggi 20 kaki dan Douglas juga berjaya mencipta rekod kebangsaan di UK dengan penghasilan buah tomato paling berat iaitu seberat 3.106 kilogram. – SEPATAH DUA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *