January 30, 2023

Video Zamil Ibrahim bertujuan wujudkan persepsi buruk kepada Ismail Sabri

2 min read

Zamil Ibrahim.

Tindakan Zamil Ibrahim yang merakam satu video meramalkan ada satu kejadian bakal berlaku iaitu Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menyerahkan jawatan beliau kembali semula kepada Tan Sri Muhyiddin adalah karut dan bersifat rekaan.

Jawatan Perdana Menteri bukan seperti gula-gula yang boleh diterima dan kemudian diberikan semula atas apa alasan sekali pun.

Perbuatan beliau menerbitkan video berkenaan jelas menunjukkan tujuan sebenar iaitu untuk menarik orang UMNO supaya ada persepsi yang buruk kepada Ismail Sabri sebagai Naib Presiden UMNO.

Sebelum ini, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin ada mengeluarkan kenyataan mengatakan bahawa Ismail Sabri perlu membuat perbincangan dengan pemimpin dalam jika mahu membubarkan Parlimen memandangkan kerajaan pada ketika ini ialah kerajaan campuran.

Oleh kerana ada desakan dari pihak tertentu dalam UMNO untuk dibubarkan Parlimen maka jawatan Perdana Menteri itu disebut oleh Zamil akan diserahkan semula kepada Muhyiddin.

Bukan semudah itu.

Difahamkan, Zamil ketika dalam parti PKR sebelum ini kerap menyerang kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) dan banyak memberikan persepsi negatif terhadap UMNO. Apa tujuannya?

Sekarang, apabila sudah jadi ahli UMNO, beliau dilihat sama juga masih mengecam kepimpinan parti dan terus memberikan gambaran negatif.

Jika sudah insaf dan kembali kepada parti, elok elakkan dari ulang perbuatan lama memburukkan parti sendiri.

Sebagai ahli dalam parti keramat seperti UMNO, perlu bersuara lantang menghentam musuh UMNO dari parti lain bukannya menyerang dan mengecam dalam parti sendiri. Soal parti sendiri, selesaikan secara dalaman.

Bagi Ismail Sabri, bukan begitu mudah hendak serahkan sahaja jawatan kepada orang lain apabila beliau sudah berjaya mengambil beberapa langkah penting untuk mewujudkan kestabilan dalam pentadbiran kerajaan.

Muhyiddin juga pasti tahu jika drama jawatan Perdana Menteri berpindah-pindah ini berulang, beliau juga tahu situasi politik dan ekonomi di Malaysia akan terganggu dan beliau juga pasti tidak mahu ia berlaku.

Sudah nampak jelas tindakan video itu dimuatnaik hanya untuk mewujudkan rasa tidak puas hati dan rasa curiga dari kalangan ahli UMNO ke atas Ismail Sabri dan ia tidak akan membawa apa-apa pulangan yang baik selain mungkin akan merosakkan parti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *