March 23, 2023

Tunaikan manifesto ikut kemahuan rakyat

2 min read

Keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang sebulat suara memutuskan Datuk Ismail Sabri Yaakob untuk menjadi Perdana Menteri untuk Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 sebenarnya membantu menamatkan ketidaktentuan dalam hati rakyat.

Ada juga kebimbangan apabila jika keputusan itu akan berakhir seperti apa yang berlaku pada PRN Johor baru-baru ini.

Apabila langkah itu diambil, ia biasanya adalah sebahagian dari manifesto Barisan Nasional (BN) untuk PRU15.

Manifesto yang boleh meyakinkan rakyat dan boleh ditunaikan adalah antara faktor utama sesebuah parti memenangi PRU-15 nanti.

 

Sebelum ini Ismail Sabri dikecam dalam parti sendiri berkenaan isu tujuh perkara sebagai “manifesto” kepada kepimpinan beliau sebagai Perdana Menteri terutamanya isu “one off” RM10,000 pengeluaran KWSP.

Sepanjang lebih dari 6 bulan menjadi Perdana Menteri, beliau berjaya menunaikan “manifesto” tersebut dan inilah antara faktor utama menyebabkan graf keyakinan rakyat kepada UMNO BN mula kembali meningkat.

Kegagalan menunaikan manifesto akan menyebabkan rakyat hilang kepercayaan kepada BN. Malah iaa bakal mengugat kestabilan politik negara kita.

Akhirnya rakyat akan mederita memandangkan ketidakstabilan politik akan menyebabkan ekonomi tidak dapat berkembang dengan baik.

Jika itu rasionalnya maka janganlah ada pihak yang mahu berdalih dengan alasan soal memilih itu hak Tuanku Yang di-Pertuan Agong.

Ini kerana Tuanku akan memilih dari nama yang diangkat kepada Tuanku.

Tidak ada dalam sejarah UMNO/BN sebelum ini ada pertukaran Perdana Menteri selepas PRU disebabkan istana tidak perkenan nama yang dihantar.

Kini sudah kedengaran naratif yang cuba dibawa oleh pihak-pihak tertentu bahawa kita hanya mencadangkan tetapi istana memilih berdasarkan kes terbaharu yang berlaku di Johor.

Perlu kita ingat bahawa Johor tidak boleh dijadikan petunjuk kerana nama Perdana Menteri akan dibincangkan dalam Majlis Raja-Raja manakala lantikan Menteri Besar tidak perlukan mesyuarat Raja-Raja.

Malah perlu juga kita ingat bahawa antara punca tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan selama 22 bulan tersebut adalah kegagalan mereka melaksanakan manifesto PRU-14.

PH mendapat kritikan yang dahsyat daripada rakyat apabila Perdana Menteri mereka pada masa itu Tun Dr Mahathir Mohamad secara terang-terangan membuat kenyataan bahawa manifesto itu tidak perlu ditunaikan kerana bag beliau manifesto bukan kitab suci.

Nasib pengganti Mahathir selepas itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah sama.

Kegagalan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri yang ke-8 adalah kerana kerajaan campuran yang terbentuk ketika itu adalah kerajaan yang tidak mempunyai apa-apa manifesto pada rakyat.

Implikasi menang besar atau kalah teruk akan berlaku sekiranya UMNO BN melanggari apa juga janji yang ditawarkan pada rakyat. Tumbangnya kerajaan pakatan harapan sepatutnya menjadi pengajaran dan panduan kepada UMNO BN sekiranya ingin menjadi kerajaan sepenuhnya selapas PRU-15 nanti.

Hati-hati dengan persepsi yang sedang dibina bahawa poster boy tidak semestinya menjadi Perdana Menteri sepertimana apa yang telah berlaku di PRN Johor.

Hati dan perasaan rakyat jangan sesekali dipermainkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *