March 25, 2023

Ismail Sabri tokoh sesuai memimpin UMNO, BN dan negara

2 min read

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika hari pertama memulakan tugas sebagai Perdana Menteri pada 23 Ogos 2021 yang lalu di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra.

 

Pada tahun 2018, buat kali pertama kali Barisan Nasional (BN) diisytiharkan kalah Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 kepada Pakatan Harapan (PH) seterusnya tidak boleh membentuk kerajaan buat kali pertama sejak hampir 60 tahun yang lepas.

Kekalahan berkenaan adalah akibat fitnah dan tohmahan melulu yang digunakan oleh PH menyerang pemimpin BN pada masa itu menyasarkan Perdana Menteri.

Sejarah gelap Malaysia berlarutan hampir 38 bulan apabila kerajaan dibawah PH yang banyak menghancurkan negera dengan pelbagai perkara yang dilakukan terutama kepada hak bumiputera serta telah menjual beberapa asset dan kepentingan Negara.

Pada masa itu, tarikh 7 Mac 2019, Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik menjadi Ketua Pembangkang menggantikan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang diumumkan oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Selepas itu peranan ketua pembangkang telah disempurnakan dengan begitu baik oleh Naib Presiden UMNO itu sehinggakan UMNO kini menjadi ketua kerajaan dalam masa tempoh 3 tahun.

Ahamdulillah dengan kebijaksanaan pemimpin UMNO dan Ismail Sabri diangkat menjadi Perdana Menteri pada 21 Ogos 2021 sebagai Perdana Menteri ke-9 negara sehingga kini.

Dalam mengatasi keadaan yang sukar ketika masih dalam pandemik COVID-19, dugaan bencana banjir luar biasa, pelbagai usaha digerakkan untuk rakyat dibawah kepimpinan Ismail Sabri dan tidak dinafikan sumbangan idea serta gerak kerja yang berkesan daripada semua pihak termasuk kepimpinan UMNO yang telah banyak menjayakan pelbagai dasar.

Pendekatan Keluarga Malaysia yang dibawa oleh Ismail Sabri juga berjaya mengeratkan lagi hubungan antara rakyat dan kerajaan menjadi lebih erat seperti sebuah keluarga yang amat besar.

UMNO mempunyai banyak pimimpin yang boleh diangkat menjadi Perdana Menteri akan tetapi Ismail Sabri mempunyai kelebihan dalam mentadbir negara dek kerana pengalamannya dalam menguruskan negara terutama kementerian-kementerian dibawah seliaannya sebelum ini.

Dengan pengalaman itu, Ismail Sabri telah melakukan yang terbaik dalam tempoh 6 bulan menjadi Perdana Menteri semenjak dilantik pada ogos 2021 yang lalu.

Kini negara telah bermula di fasa peralihan endemik COVID-19 yang mana memerlukan sokongan penuh rakyat untuk memacu Malaysia agar terus menjadi negara yang lebih baik.

Pada mesyuarat terakhir Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Malaysia beberapa minggu lalu, MKT telah membuat keputusan yang tepat untuk menjadikan Ismail Sabri sebagai calon PM selepas PRU 15 nanti dan ianya disambut baik oleh kepimpinan UMNO pusat, negeri, bahagian dan juga cawangan-cawangan seluruh negara.

Ismail Sabri adalah pilihan yang tepat kepada UMNO dan BN untuk terus dengan agenda memperkasakan ummah dibawah dasar Keluarga Malaysia yang mana sangat diterima baik oleh semua lapisan masyarakat serta rakyat keseluruhannya.

Pemilihan Ismail Sabri kali ini telah membuka mata semua pihak yang mana sebelum ini sinis menidakkan keupayaan beliau memacu Negara sehinggakan kembali mendapat kepercayaan pelabur-pelabur luar Negara sepertimana yang diumumkan sebelum ini.

Keutamaan beliau untuk memacu Negara kearah yang lebih baik selepas ini dengan dasar keutamaan rakyat semakin mendapat sambut yang baik dari segenap lapisan rakyat khasnya.

Mengapa ada usaha-usaha untuk menidakkan keupayaan Ismail Sabri sedangkan dalam tempoh 6 bulan sahaja beliau telah berjaya memakmurkan rakyat dan juga negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *