December 9, 2023

Penyanyi asal lagu Inilah Barisan Kita meninggal dunia

1 min read

Sebagai seorang pengulas sukan radio dan TV, Allahyarham Jamaludin Alias pernah bertugas ketika Sukan SEA Jakarta 1979 hingga Manila 1991, Sukan Asia Jakarta 1962 dan New Delhi 1982 serta Sukan Olimpik Barcelona 1992.

Penyanyi lagu patriotik “Perajurit Tanah Air”, Jamaludin Alias, 85, yang juga bekas pengulas sukan terkenal Radio Televisyen Malaysia (RTM) meninggal dunia sebentar tadi.

Difahamkan, jenazah akan dibawa ke Masjid Tabung Haji, Kelana Jaya untuk solat jenazah selepas solat Jumaat.

“Innalillahiwainnaillaihirojiun…pengulas sukan dan penyanyi lagu-lagu patriotik Jamaludin Alias telah kembali ke rahmatullah.

“Solat jenazah akan diadakan di Masjid Tabung Haji, Kelana Jaya selepas solat Jumaat,” menurut mesej yang dikongsikan ahli Persatuan Veteran RTM.

Sebagai pengulas sukan radio dan TV, Jamaludin pernah bertugas ketika Sukan SEA Jakarta 1979 hingga Manila 1991, Sukan Asia Jakarta 1962 dan New Delhi 1982 serta Sukan Olimpik Barcelona 1992.

Selain itu, beliau pernah membuat liputan secara langsung Piala Asia 1980 di Kuwait dan Hoki Piala Dunia di Bombay pada 1982.

Untuk rekod, lagu Perajurit Tanah Air yang dinyanyikan oleh Jamaludin ialah versi asal yang direkodkan dalam piring hitam pada tahun 1964.

Lagu itu yang anda nyanyi jika menyokong pasukan negara di temasya sukan antarabangsa. – SEPATAH DUA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *