December 8, 2023

Jangan layan perbuatan pihak tertentu cuba laga-laga pemimpin UMNO

2 min read

 

Perbuatan pihak tertentu yang mereka cerita dan khabar angin akan berlakunya kejadian tertentu di dalam UMNO jelas bertujuan untuk melaga-lagakan sesama kepimpinan UMNO untuk memastikan parti itu tidak kuat menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Antara yang direka dan dihasilkan ialah video, penulisan dan posting tertentu yang menyatakan ada gerakan akan berlaku di dalam UMNO untuk mencapai matlamat tertentu.

Ada video yang disebarkan menyatakan bahawa Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajudin Abdul Rahman didakwa bertemu dengan Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainuddin menagih bantuan untuk membuat gerakan dalam UMNO.

Maklumat berkaitan kejadian itu diambil dari dokumen yang dilabel sebagai “Pasleak” yang menyebut Tajuddin memohon pertolongan Hamzah kerana nyawa politik parti UMNO bergantung kepada Bersatu.

Niat melaga-lagakan jelas terlihat apabila disebut pertemuan itu adalah kehendak dari Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana mahu mengadakan pemilihan UMNO sebelum PRU15.

Desas desus mengatakan bahawa di dalam UMNO ketika ini ada dua bahagian iaitu satu yang mendesak PRU15 diadakan terlebih dahulu berbanding pemilihan dan satu kumpulan lagi sebaliknya padahal ia tidak wujud sebegitu.

Ada puak yang amat tidak senang melihat perjalanan politik dalam UMNO begitu tersusun dengan hubungan erat antara pucuk pimpinan dan akar umbi.

Mereka paling tidak senang apabila melihat hubungan baik antara Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ismail Sabri yang memegang jawatan selaku Perdana Menteri.

Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera hari demi hari semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia sebagai Perdana Menteri.

Keyakinan yang kuat itu sudah pasti akan beri kesan kepada UMNO iaitu sokongan kepada parti juga akan semakin kukuh dan kuat.

Semua pihak di luar tahu UMNO perlu kuat untuk menghadapi PRU15 dan itulah yang sedang berlaku.

Dakwaan nakal sebegini boleh dianggap hanya sebagai picisan sahaja dan tidak perlu diambil perhatian sebaliknya memberikan perhatian untuk mengukuhkan terus kekuatan parti di dalam UMNO itu sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *