October 3, 2023

Istimewa Sebuah Nombor Plat Kenderaan

2 min read

Saban hari kita melihat kenderaan penuh di jalan raya. Warna yang pelbagai, saiz besar dan kecil, keluaran dari macam-macam jenama. Setiap kenderaan akan didaftarkan dengan nombor plat yang menjadi identiti pemilik kenderaan. Tahukah anda, setiap huruf pada permulaan nombor plat itu membawa maksud?

Uniknya nombor plat kenderaan ini adalah melihat pada huruf awal nombor plat. Huruf pertama merujuk kepada kod sebuah negeri di mana kenderaan itu didaftarkan.

Kalau anda sedang boring di jalan raya atau mahu bermain teka-teki dengan anak-anak, boleh buat uji minda dengan meneka kod negeri nombor plat kenderaan yang bergerak di sekeliling anda.

Ia bukan saja menambahkan pengetahuan, bahkan mengeratkan hubungan sesama keluarga walaupun berada di dalam kereta. Si cilik anda akan lebih cakna dengan pengenalan sesebuah kereta selepas ini.

Berikut senarai kod huruf dan negeri:
A – Perak
B – Selangor
C – Pahang
D – Kelantan
F – Putrajaya
J – Johor
K – Kedah
KV – Langkawi
L – Labuan
M – Melaka
N – Negeri Sembilan
P – Pulau Pinang
R – Perlis
T – Terengganu
V – Kuala Lumpur (siri kedua)
W – Kuala Lumpur (siri pertama)

Bagi negeri Sabah dan Sarawak, mereka menggunakan dua huruf sebagai pengenalan negeri dan daerah.

Q – Sarawak
QA dan QK: Kuching
QB: Sri Aman dan Betong
QC: Samarahan
QL: Limbang dan Lawas
QM: Miri
QP: Kapit
QR: Sarikei
QS: Sibu dan Mukah
QT: Bintulu

S – Sabah (Dulunya adalah huruf E)
SA, SAA, SAB, SAC, SY: Kota Kinabalu
SB: Beaufort
SD: Lahad Datu
SK: Kudat
SS, SSA, SM: Sandakan
ST, STA, SW: Tawau
SU: Keningau

Bagi huruf H, ianya digunakan pada teksi dan kedua mewakili negeri kenderaan tersebut.

H – Teksi, huruf kedua – kod negeri
HA: Perak
HB: Selangor
HC: Pahang
HD: Kelantan
HW: Wilayah

Huruf Z pula digunakan pada kenderaan milik Angkatan Tentera Malaysia.

Z – Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
Z: Panglima Angkatan Tentera, (Pemerintah Tertinggi ATM)
ZA – ZD: Tentera Darat Malaysia (TDM)
ZL: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)
ZU: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)
ZZ: Kegunaan staf Kementerian Pertahanan Malaysia
JZ & JMF: Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF)

Pendaftaran nombor plat kenderaan bermula apabila British datang ke Tanah Melayu. Huruf A, B, C, dan D ditentukan berdasarkan Negeri Melayu Bersekutu iaitu Kedah, Selangor, Pahang dan Kelantan. Kemudian, huruf awal plat ditentukan mengikut huruf awal negeri masing-masing.

Begitulah kod-kod negeri yang digunapakai pada nombor plat kenderaan. Sekarang anda sudah tahu mengenai kod negeri pada nombor plat. Lepas ni, boleh ajak anak-anak anda bermain teki-teki meneka kod negeri kereta. Hati-hati memandu, pandu cermat, jiwa selamat – SEPATAH DUA

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *