May 20, 2022

Ismail Sabri ada imej bersih dan pihak lain sukar burukkan beliau

2 min read

Kehadiran lebih 100,000 orang pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Anggota Jemaah Menteri 2022 di Kompleks Seri Perdana di Putrajaya membuktikan rakyat menerima kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Majlis itu yang dijadualkan sepatutnya bermula pukul 10 pagi terpaksa dimulakan lebih awal iaitu pada pukul 9 pagi kerana orang ramai sudah mula beratur seawal pukul 8 pagi.

Bagi mereka yang mungkin tidak senang hati dengan penerimaan rakyat, mereka kini sedang merangka strategi untuk melakukan sesuatu supaya hubungan antara pemimpin dan rakyat ini kelihatan bermasalah dan tidak sesuai.

Seperti kebiasaan apabila Perdana Menteri dari UMNO, pihak-pihak ini akan mencari jalan bagaimana untuk merosakkan imej Ismail Sabri dari segenap sudut.

Sama seperti Datuk Seri Najib Tun Razak dulu apabile memperkenalkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada rakyat pelbagai pihak yang tidak sukakan beliau memperlekehkan bantuan berkenaan serta ada tuduhan yang menyatakan ia sebagai rasuah pula.

Kini, perkara sama akan dilakukan terhadap Ismail Sabri untuk memperlihatkan imej beliau di mata rakyat adalah buruk.

Dengan keperibadian beliau yang tenang, segala dugaan dan usaha untuk membantutkan usaha mentadbir negara dengan baik dapat dihadapi dengan senang dan lancar.

Kini, melalui sumber dalaman, ada perbuatan untuk memburukkan Ismail Sabri kini disasarkan kepada orang sekelilingnya di Pejabat Perdana Menteri seperti pegawai kanan beliau, setiausaha sulit, setiausaha politik dan pegawai mula dijadikan bahan untuk tujuan itu.

Sehingga hari ini, Ismail Sabri sudah terbukti ada imej bersih dan sukar untuk pihak tertentu mencipta perspektif buruk terhadap beliau.

Semua pihak khususnya yang bertanggungjawab ke atas beliau juga sentiasa berhati-hati menjalankan tanggungjawab dan tugas untuk terus memastikan peranan mentadbir dan membangunkan negara berjalan lancar tanpa ada ruang untuk menganggu tugas berkenaan.

Walaupun dengan krisis pandemik dan politik, Ismail Sabri dilihat mampu menggalas tanggungjawab sebagai Perdana Menteri walaupun sebagai Naib Presiden UMNO tetapi dapat membawa parti Barisan Nasional (BN) dan pembangkang dalam satu laluan yang sama untuk memastikan kerajaan masih stabil untuk mentadbir negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published.