July 5, 2022

Mengapa jurucakap kumpulan liberal begitu kuat bantah pelantikan Tajuddin?

2 min read

Datuk Noor Farida Mohd Ariffin yang menjadi jurucakap kumpulan G25 yang pernah diminta bertaubat oleh bekas Mufti Perak Allahyarham Tan Sri Harussani Zakaria kerana cadangan yang menjadi ancaman kepada umat Islam.

 

Pelbagai reaksi diterima berkaitan pelantikan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia.

Antara yang paling kuat membantah pelantikan ini ialah pemimpin dari parti pembangkang terutamanya DAP.

Ada juga badan bukan kerajaan (NGO) yang kuat membantah langkah ini antaranya ialah kumpulan bekas pegawai kanan kerajaan G25 yang terdiri daripada pesara kerajaan yang pernah berstatus pegawai besar.

Wakil yang membantah pelantikan Tajuddin daripada G25 ialah jurucakapnya iaitu Datuk Noor Farida Mohd Ariffin yang mengatakan pelantikan beliau sebagai satu musibah dan memalukan. Noor Farida sebelum ini ialah seorang bekas diplomat di bawah Kementerian Luar Negeri.

Beliau mengaitkan kontroversi pelanggaran dua tren LRT yang berlaku tahun lepas sebagai sebab kenapa Tajuddin yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak tidak layak dilantik sebagai Duta Besar.

Tidak tahu kenapa pelantikan ini dibantah oleh beliau, tetapi dari segi latar belakang gerakan G25 ini ia nampak seperti satu kumpulan yang liberal yang banyak mempersoalkan hal ehwal agama Islam di negara ini.

Tajuddin pula sering ke mana-mana memperlihatkan imej Islam dan Melayu beliau, mungkin ia membibitkan rasa tidak senang ke atas Noor Farida.

Bagaimanapun, pelantikan pelik-pelik yang dibuat oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) dulu tidak pula dipersoalkan oleh beliau.

Pada tahun 2015, bekas Mufti Perak Allahyarham Tan Sri Harussani Zakaria yang mahu kumpulan G25 bertaubat kerana mereka mencadangkan supaya undang-undang anti khalwat dimansuhkan.

Tindakan G25 itu juga dikatakan sebagai ancaman kepada umat Islam. Jika pendapat mereka, perbuatan berkhalwat adalah hak asasi manusia, ia juga boleh digunakan untuk perbuatan jenayah lain seperti mencuri atau membunuh.

Kumpulan yang diwakili Noor Farida ini juga mengkritik undang-undang di Malaysia yang menghukum kesalahan berkaitan agama yang dilakukan seperti murtad atau maksudnya keluar dengan sengaja dari agama Islam.

Kata mereka, keputusan seorang Islam untuk keluar dari agama mereka dalah urusan antara individu dengan Tuhan dan tidak ada hukuman duniawi yang diperuntukkan dalam Al-Quran.

Bagi Pengarah Pusat Kajian Tinggi Islam, Sains dan Peradaban (CASIS) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Madya Dr Khalif Muammar A Harris, gerakan liberalisme di Malaysia sama sekali tidak boleh dipandang ringan.

Antara cadangan dari kumpulan ini ialah Jangan ganggu muslim yang mahu minum arak, jangan laksanakan hukum hudud di Malaysia, jangan ganggu lelaki berpakaian wanita, jangan ikut fatwa dan mereka juga pernah mencadangkan jangan halang hak asasi golongan homoeseksual.

Aktiviti kumpulan G25 lebih dilihat kepada minat berpolitik dengan menyerang kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) dan ada juga sumber menyatakan mereka pro parti dalam pakatan pembangkang.

Ini kerana beliau sebelum ini pernah hadir ke majlis yang dianjurkan oleh Bersih 4 pada tahun 2015.

Ketika Noor Farida menjadi Duta Malaysia ke Belanda tidak ada pun sebarang perkembangan besar yang positif untuk hubungan kedua-dua negara.

Mereka yang anti BN dan UMNO ini tidak akan senang duduk andai ada sebarang usaha untuk memperkuatkan hubungan sesama bangsa serumpun Melayu terutamanya hubungan dengan negara serumpun iaitu Indonesia.

Leave a Reply

Your email address will not be published.