August 9, 2022

Perdana Menteri sentiasa cepat ambil langkah positif dan tepat dahulukan rakyat

2 min read

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tengah) kini sedang berada di Jepun untuk lawatan kerja selama enam hari bermula 23 Mei yang lalu.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sekarang dilihat begitu mengutamakan keperluan mustahak rakyat terutamanya makanan.

Sejak kebelakangan ini, tular di seluruh dunia mengatakan dunia akan menuju ke kancah konflik berkaitan bekalan makanan. Di Malaysia beberapa lokasi di negara ini ada berlaku masalah kekurangan bekalan makanan antaranya bekalan ayam segar.

Beliau apabila mendapat tahu ada masalah berlaku berkaitan rakyat, Ismail Sabri akan segera mengangkat isu berkenaan untuk dibincangkan di dalam mesyuarat Kabinet untuk mencari jalan penyelesaian dan dari pada itu terhasillah pelbagai langkah positif yang diambil untuk kepentingan rakyat.

Enam hari lepas, beliau membuat pengumuman bahawa permit import (AP) untuk bahan makanan dimansuhkan berkuatkuasa serta-merta.

Dengan pemansuhan ini, lebih banyak pihak memiliki kemampuan untuk mengimport bahan makanan dengan kuantiti yang lebih banyak seterusnya menyelesaikan masalah kekurangan bekalan.

Tiga hari lepas menurut laporan Berita Harian bertarikh 22 Mei 2022, Ismail Sabri menyatakan bahawa kerajaan kini sedang mengkaji untuk memansuhkan pula keperluan berkaitan AP untuk beberapa barangan lain.

Beliau berkata langkah itu diharap akan mengurangkan tekanan terhadap bekalan dan harga barangan.

“Sekurang-kurangnya dengan pemansuhan AP ini dapat mengurangkan tekanan terhadap bekalan barangan dan apabila banyak pihak yang terbabit (mengimport), harga boleh dikurangkan,” katanya.

Untuk menyelesaikan masalah kekurangan bekalan ayam pula, Ismail Sabri segera meminta pihak berkaitan menyegerakan proses penilaian dan pemberian subsidi supaya rantaian bekalan daripada pengeluar kepada pengguna dapat berjalan dengan lancar.

Subsidi akan diberikan kepada para penternak ayam supaya mereka dapat mengeluarkan bekalan makanan dengan segera.

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) memaklumkan proses penilaian pemberian subsidi melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) kepada penternak yang menghantar permohonan sedang disegerakan.

Penternak yang cukup syarat dan kriteria dan mendapat kelulusan akan memperolehi tuntutan dalam tempoh yang dijanjikan.

Usaha Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Bera selain mengutamakan kepentingan rakyat dari segi bekalan juga ialah untuk mengurangkan sedikit kebergantungan bekalan kepada orang tengah.

Kurang bergantung kepada orang tengah akan memberi kesan yang baik kepada harga barangan berkenaan.

Terbaharu, Ismail Sabri mengumumkan pemberhentian eksport ayam sebanyak 3.6 juta ekor sebulan untuk menjaga bekalan dalam negara supaya rakyat Malaysia akan dapat menikmatinya terlebih dahulu.

Kalau dilihat semula ke belakang, beliau pernah menerajuk dua kementerian dalam karier politik Ismail Sabri. Beliau pernah menjadi Menteri di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pada 16 Mei 2013 hingga 29 Julai 2015 dan Menteri di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada 10 April 2009 hingga 15 Mei 2013.

Pengalaman menjaga portfolio kementerian yang penting ini memberikan pengalaman yang amat berharga untuk beliau mentadbir negara sekarang ini.

Mesyuarat Jemaah Menteri yang biasanya diadakan pada hari Rabu juga diawalkan kepada hari Isnin kerana beliau mahu tindakan oleh kementerian dan agensi disegerakan. Menjadi seorang Perdana Menteri yang baik ialah dengan memberikan kuasa beli yang lebih kepada rakyat supaya mereka boleh dengan mudah membeli barang keperluan.

Itulah yang beliau sedang lakukan untuk mengurangkan beban rakyat dengan kenaikan harga dan kekurangan bekalan. Semuanya dibuat untuk kepentingan Keluarga Malaysia terlebih dahulu.

Leave a Reply

Your email address will not be published.