January 30, 2023

Airbnb sediakan pengalaman unik ‘check in’ dengan dengungan lebah

1 min read

Beribu ekor lebah masuk ke dalam satu ruang di dalam unit penginapan Airbnb berkenaan untuk membina sarang didalamnya. Ia satu pengalaman yang unik jika menginap di sini.

Bagi meraikan Hari Lebah Sedunia, seorang penternak serangga itu menyenaraikan ladang lebah miliknya dalam perkhidmatan hospitaliti secara dalam talian, Airbnb.

Menerusi sebuah bilik yang direka khas untuk tujuan tersebut, para tetamu boleh menikmati penginapan mereka dengan bunyi dengungan lebih sejuta lebah di dalam bilik.

Terletak di sebuah ladang buah zaitun di perkampungan Grottole di selatan Itali, bilik Airbnb itu direka oleh seorang artis Davide Tagliabue menerusi dana yang dikumpul dan dibina bersama penduduk setempat.

Jelas pemilik ladang lebah itu, Rocco Filomeno, idea utama Airbnb tersebut adalah memberi peluang kepada tetamu menikmati masa tidur mereka dengan bunyi dengungan lebah yang diketahui boleh memberi kesan kelegaan.

“Airbnb ini merupakan tempat pertama di dunia yang memberikan anda tidur bersama dengungan lebih sejuta lebah.

“Dengungan lebah boleh menjadi terapi semula jadi yang boleh memberi kelegaan kepada ramai orang,” kata Filomeno.

Para tetamu juga berpeluang menyaksikan serangga itu membina sarangnya, selain dihidangkan dengan sarapan enak termasuk madu asli.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *