January 30, 2023

Tarikh PRU dan bubar Parlimen akan dibincangkan hanya dengan Top 5 UMNO

2 min read

Tekanan yang diberikan ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sekarang untuk membubarkan Parlimen untuk diadakan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 menampakkan satu perbuatan yang tidak menghormati keputusan Biro Politik, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021.

Pada program berkenaan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sendiri yang menyatakan bahawa tarikh PRU15 dan tarikh Parlimen akan dibubarkan akan dibincangkan dalam kalangan top 5 pemimpin UMNO.

Barisan pemimpin Top 5 UMNO terdiri daripada Presiden, Timbalan Presiden dan tiga Naib Presiden.

Pada Konvensyen Barisan Nasional (BN) baru-baru ini, Ismail Sabri sendiri juga sudah menyatakan pendiriannya untuk tidak melewatkan pembubaran Parlimen dan akan berbincang bersama Top 5 berkenaan tarikh-tarikh penting berkenaan.

Segala butiran dan perkara berkaitan bila PRU15 akan diadakan sepatutnya diketahui dalam kalangan pemimpin UMNO yang berkenaan sahaja dan bukannya pihak dari luar UMNO.

Oleh yang demikian, mengapa ada individu tertentu masih mengeluarkan video untuk cuba mempengaruhi Perdana Menteri supaya segera membubarkan Parlimen.

Dua individu dilihat muncul dalam video mengkritik pendirian Ismail Sabri dan mahu Parlimen dibubarkan dan PRU15 diadakan.

Mereka ialah bekas Ahli MKT UMNO Datuk Lokman Noor Adam dan seorang blogger bekas ahli PKR, Zamil Ibrahim yang terus memberi tekanan kepada Perdana Menteri.

Pemimpin dalam Top 5 UMNO tidak perlu memberitahu kepada Lokman berkaitan perkara yang dibincangkan berkenaan tarikh berkenaan begitu juga kepada Zamil.

Perkara berkaitan PRU15 dan pembubaran Parlimen perlu dibincangkan secara tertutup kerana ia melibatkan strategi melibatkan jentera parti dan kesiapsiagaan BN

Jika ada desakan begini, ia akan memberikan imej buruk kepada UMNO dan BN seakan-akan terdesak untuk mengadakan pilihan raya seakan-akan ada agenda tertentu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *