January 30, 2023

Ikan Melompat Masuk Ke Dalam Mulut Seorang Lelaki

1 min read

 

Biasanya kita dengar orang tercekik tulang ikan sehingga terpaksa menjalani pembedahan. Namun, kali ini berlaku sebuah kejadian di mana seorang pemancing terpaksa menjalani pembedahan disebabkan seekor ikan yang melompat ke dalam mulutnya.

Kisah ini bermula apabila lelaki itu menombak ikan di sungai. Kejadian yang tidak disangka berlaku pada 22 May di daerah Phatthalung, Thailand. Ketika dia naik ke darat, seekor ikan kecil spesies Anabas telah melompat masuk terus ke dalam mulutnya.

Kejadian itu berlaku begitu pantas. Ketika dia cuba bernafas, ikan kecil itu telah memasuki tekak dan saluran kerongkang. Ia menyebabkan lelaki tersebut mengalami kesukaran bernafas dan hampir meragut nyawa.

Orang ramai membantu menghantar lelaki malang itu ke hospital Phatthalung selepas melihat keadaannya yang sukar bernafas. Dia dilihat memegang leher setelah mulutnya dimasuki ikan kecil.

Pembedahan yang berlangsung selama satu jam berjaya menyelamatkan nyawa lelaki tersebut. Menurut doktor, kejadian seperti itu sangat sukar ditemui. Beliau tidak pernah menemui kes kecemasan sedemikian.

Para doktor cuba sedaya upaya mengurangkan implikasi pembedahan. Pembedahan berjaya dilakukan dan lelaki itu dilaporkan stabil. Dia kembali pulih setelah menjalani rawatan.

Pengalaman itu menggerunkan. Ikan kecil yang masih hidup tersekat dalam kerongkong, ia boleh mendatangkan bahaya yang tidak disangka. Sentiasalah berwaspada kerana bahaya ada di mana-mana.- SEPATAH DUA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *