Lelaki bangga dapat selalu elak dari bayar tol dengan “cucuk” kereta depan
1 min read
Biasanya kelakuan tidak bertamadun pengguna jalan raya ini akan dirakam menerusi dashcam atau telefon daripada pengguna jalan yang lain, tetapi kali ini pelaku sendiri dengan bangganya rakam dan siap tayang di media sosial.
Ia adalah satu masalah mental jika seseorang gemar merakam perbuatan diri sendiri melakukan kesalahan atau melanggar peraturan.
Viral satu video dimana ada seorang pemandu menayang aksinya ‘cucuk kereta depan’ untuk tak nak bayar tol.
— Pedoq, what is this behavior? (@pedoqpop) June 12, 2022
Pada asalnya video itu telah ditayangkan ke TikTok dan dikongsikan semula ke Twitter, biarpun lokasi dan waktu kejadian masih belum dikenalpasti, ramai netizen yang mengecam dengan tindakan lelaki itu yang tidak bertanggungjawab.
Bayaran tol yang dibuat oleh pengguna jalan raya akan digunakan oleh pihak pengurusan tol untuk menjalankan kerja penyelenggaraan lebuh raya dan kerja baik pulih yang perlu.
Kalau ada ramai pemandu macam ini, mungkin boleh jadi rosak keadaan lebuh raya bertol yang kita ada.