Parti dalam MoU perlu kekalkan komitmen kekalkan kestabilan dalam negara
2 min read
Kekuatan kerajaan sedia ada dan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dapat dicapai melalui persefahaman yang kuat di antara kerajaan dan parti pembangkang melalui memorandum persefahaman (MoU) antara kedua-dua pihak untuk mengekalkan kestabilan dalam negara.
MoU berkenaan dimeterai supaya pentadbiran negara dapat dijalankan barisan kabinet dengan baik di saat negara sedang dalam usaha untuk kembali pulih selepas dibelenggu masalah pandemik COVID-19 pada awal tahun 2020 sehingga sekarang.
Pemimpin parti pembangkang yang telah sepakat untuk bersama dengan Perdana Menteri dan kerajaan sepanjang tempoh MoU mengekalkan kemakmuran dalam negara dan menyokong kerajaan dalam usaha untuk pemulihan dan menyelesaikan masalah rakyat.
Pada masa ini, tidak sesuai untuk parti memikirkan tentang kedudukan mereka dalam pentas politik tanah air sebaliknya teruskan beri perhatian untuk bantu rakyat.
Jauh lebih penting ialah negara Malaysia mesti stabil untuk kemaslahatan rakyat.
Kalau ada parti yang cuba mengacau kestabilan yang ada, rakyat yang juga turut sama mahu pulih dari krisis sebelum ini pasti akan menghukum parti berkenaan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 nanti.
Rakyat kebanyakannya tidak mahu pilihan raya dijalankan dalam masa yang susah ini kerana ekonomi sedang dalam tempoh untuk pemulihan.
Kerajaan hari ini sudah buat kerja dengan baik dengan mentadbir negara dengan stabil serta amat prihatin keperluan rakyat.
Dalam dunia perniagaan, ada pihak mahu kerajaan stabil untuk mereka mudah menjalankan urusan. Bagi kontraktor Melayu mereka mahu menyelesaikan kerja kontrak mereka tanpa masalah, peniaga Cina mahu ekonomi mereka kembali pulih dan perniagaan tidak terganggu dek pergolakan politik.
Manakala bagi kaum India, mereka mahu kestabilan supaya anak-anak mereka boleh belajar dan bersekolah seperti biasa tanpa ada gangguan.
Kumpulan yang mahu PRU15 diadakan segera ialah orang yang melihat kepada kepentingan dirinya sendiri bukannya untuk rakyat atau negara. Biasanya mereka ada agenda peribadi tentang kuasa dan kedudukan dan mereka akan dihukum oleh rakyat.