December 8, 2023

Subsidi tidak dihapuskan tetapi ia diberikan secara terus kepada rakyat

2 min read

Harga ayam sejak beberapa kebelakangan ini meningkat serta wujud masalah dalam kalangan penternak ayam dan kerajaan berkaitan subsidi.

Pengumuman kerajaan melalui Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebenarnya menjelaskan bahawa subsidi sebenarnya tidak dihapuskan sebaliknya ia diberikan terus kepada golongan sasaran supaya mereka dapat menerima kenaikan harga bahan makanan berkenaan selepas subsidi dimansuhkan.

Dalam isu kenaikan harga ayam dan subsidi bahan makanan itu, sebenarnya ada isu berkaitan subsidi kepada penternak yang perlu diatasi oleh kerajaan.

Kerajaan beri subsidi kepada penternak bernilai RM720 juta tetapi dari jumlah yang diperuntukkan itu, hanya sesetengah penternak yang memohon iaitu hanya RM260 juta sahaja.

Dari jumlah yang dipohon, yang dibayar hanya RM160 juta atas beberapa sebab tertentu. Dalam permohonan penternak berkenaan, mereka kena isytihar semua perkara berkaitan ternakan seperti jumlah jualan sebenar dan ada penternak yang enggan mengisytiharkan perkara ini.

Selain itu, ada pengusaha ternakan ayam yang tidak mempunyai lesen penternakan dari kementerian dan agensi berkaitan.

Oleh itu, kerajaan mengambil langkah untuk mengambil baki wang subsidi yang tidak dipohon dan diberikan kepada rakyat dalam bentuk bantuan tunai terus kepada rakyat.

Maksudnya, kerajaan akan memberikan RM760 juta terus kepada rakyat mengikut kategori bukan sahaja B40 tetapi kepada 80 peratus rakyat di seluruh negara.

Dalam sidang media semalam oleh Ismail Sabri, bantuan berkenaan ialah berjumlah RM100 tambahan kepada isi rumah yang akan dimasukkan bersama dengan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang akan dibayar pada bulan Julai sebanyak RM400. Bermakna penerima yang layak akan menerima RM500.

Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa bayaran akan mula dibuat secara berperingkat pada 27 Jun nanti.

Walaupun nampak nilai RM100 nampak kecil. Bayangkan RM100 untuk berapa ekor ayam boleh dimakan.
Kalau seminggu 2 ekor, 1 ekor beratnya 1.5 kilogram maknanya 3 kilogram seminggu.

Ia akan diberikan mengikut beza kenaikan harga dan bukannya harga seekor ayam. Jika beza kenaikan RM25 sebulan ia akan menampung selama 4 bulan kenaikan harga ayam. Secara keseluruhannnya sebanyak RM1.8 bilion akan diberi melalui BKM.

Langkah ini diambil bertujuan mengambil semula subsidi dari penternak yang ada pelbagai isu antaranya masalah berkaitan lesen dan maklumat ternakan yang kadang-kadang enggan diisytiharkan. Subsidi yang diambil semula daripada diberi kepada penternak akan diberi terus kepada rakyat.

Perdana Menteri dan kerajaan sentiasa dari semasa ke semasa melihat langkah terbaik untuk membantu rakyat sehingga masalah yang dihadapi dapat diselesaikan. – SEPATAH DUA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *