January 30, 2023

Bagaimana Malaysia ditadbir dengan berjaya sekarang lakar sejarah

2 min read

Kalau dilihat sejarah politik di Malaysia, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah pemimpin negara sulung yang memeterai perjanjian persefahaman dengan Ahli Parlimen pembangkang bertujuan mentadbir dengan baik dan mahu mengekalkan kestabilan.

Hasil daripada itu, beberapa kali sesi undian usul dan Rang Undang-Undang (RUU) kerajaan dapat diluluskan dengan undian lebih dua pertiga Dewan Rakyat dan ada juga yang diluluskan sebulat suara.

Ahli Parlimen Bera itu juga adalah Perdana Menteri yang berjaya mendapat kelulusan untuk pindaan Perlembagaan Persekutuan melibatkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) di Dewan Rakyat pada 14 Disember 2021.

Dewan Rakyat meluluskan RUU meminda Perlembagaan Persekutuan berkaitan MA63 bagi memberi pengiktirafan kepada tuntutan dan status istimewa Sabah serta Sarawak apabila membentuk Malaysia dalam Perlembagaan Persekutuan.

Beliau juga mampu ambil langkah untuk berdepan dengan kartel penternak ayam dalam isu subsidi dan harga ayam. Ismail Sabri ambil langkah untuk memberikan subsidi berkenaan terus kepada pengguna untuk menampung kesan kenaikan harga ayam.

Bukan sahaja kartel ayam, malahan beliau ambil langkah untuk bantu rakyat melibatkan kartel lain.

Perdana Menteri juga boleh dianggap sebagai seorang Perdana Menteri yang mentadbir negara dengan cara yang unik apabila membentuk kerajaan dengan pelbagai parti lain untuk mentadbir negara untuk kepentingan rakyat.

Perkongsian kuasa ini penting kerana UMNO hany ada 37 kerusi Parlimen pada ketika ini.

Ada juga tanda tanya kenapa bukan pemimpin lain yang dipilih jadi Perdana Menteri seperti Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohamad Hasan atau bukan nama dari PAS. Ini adalah kerana semua parti hanya bersetuju dengan nama Ismail Sabri.

Ini kerana Ismail Sabri berpengalaman menguruskan aspek penting dalam pentadbiran negara ketika negara berdepan pandemik COVID-19 iaitu aspek keselamatan.

Pemilihan beliau bukan satu kelemahan tapi kelebihan dan kekuatan yang tidak ada pada pemimpin lain dalam parti terbesar orang Melayu itu.

Parti PAS dan juga parti Bersatu juga tidak akan menerima nama Datuk Seri Najib Tun Razak dan nama Ahmad Zahid pada masa itu begitu juga parti di Sabah dan Sarawak. Pada masa ini, nama Ismail Sabri yang diterima untuk menjadi Perdana Menteri dan menjalankan pentadbiran negara oleh parti dalam kerajaan dan dihormati parti lain.

Di bawah pentadbiran beliau, banyak pindaan dan RUU dapat diluluskan di Parlimen walaupu majoriti kerajaan adalah tipis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *