DAP terus buat kerja jahat, UMNO dan BN tetap berdiri untuk rakyat
2 min readKerja jahat parti DAP untuk terus memburukkan, memperlekehkan dan menghancurkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak akan berhasil kerana parti keramat Melayu itu pada masa kini sedang lebih kuat berbanding dari ketika kalah dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
Parti cauvinis itu yang berada dalam gabungan bersama Pakatan Harapan (PH) terus mengutuk dan mencaci UMNO walaupun pelbagai perkara dilakukan oleh parti itu untuk membantu rakyat.
DAP malah tutup mata enggan mengakui kelemahan diri mereka yang gagal jadi kerajaan ketika mereka menganggotai kabinet selepas menang pada 2018. Berapa banyak janji dalam manifesto pada masa itu tidak dilaksanakan.
Apa yang terjadi pada hari ini adalah kesan daripada perbuatan Tun Dr Mahathir Mohamad yang letak jawatan sebagai Perdana Menteri pada 23 Februari 2020 sehingga kemudian negara jadi kucar-kacir keadaan politiknya.
UMNO yang kini ada wakil sebagai Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berjaya menerajui negara dengan lebih baik daripada Muhyiddin sebelum ini yang dilabel sebagai kerajaan gagal oleh banyak pihak.
Muhyiddin yang jadi Perdana Menteri ketika pandemik menyerang sebenarnya sebelum ini ialah salah seorang pemimpin dalam PH dan turut sama menyebarkan fitnah dan hasutan kepada pengundi pada 2018 sehingga BN tumbang.
Ismail Sabri ketika ini yang juga Naib Presiden UMNO hendak tak hendak perlu memperbetulkan semua perkara yang dua pemimpin yang ada kaitan dengan PH tinggalkan untuk menyelesaikan kemelut yang membelenggu rakyat.
Tindakan pemimpin DAP, Nga Kor Ming yang saban hari mencaci UMNO dan BN adalah amat keji kerana beliau menggunakan perkara remeh semata-mata memburukkan parti.
Bagaimanapun, kini UMNO dan BN makin kuat dan mantap hari demi hari menjelang diadakan PRU15 nanti.
Strategi DAP sejak dulu dek kerana BN berjaya tadbir negara dengan baik hanya mencari titik salah dan kemudian menggunakan taktik berkenaan untuk memburukkan UMNO setiap masa tanpa henti.
Walaupun ada masalah di dalam UMNO pada masa ini, tetapi ia hanya masalah biasa di dalam politik tetapi dasar di peringkat akar umbi UMNO begitu kuat dan sudah bersedia memastikan BN kembali menang bergaya pada PRU15 nanti.