Adam Muhammad selamat tiba di Makkah untuk ibadat haji selepas berjalan kaki dari United Kingdom
1 min read
Gambar dari video sambutan orang Arab Saudi kepada Adam sebaik tiba dengan berjalan kaki di Arab Saudi untuk ke Makkah menunaikan ibadat haji tahun ini.
Setelah 11 bulan atau lebih tepat 10 bulan 26 hari berjalan kaki dari Wolverhampton, Britain, seorang lelaki berusia 52 tahun akhirnya selamat tiba di Makkah, Arab Saudi untuk mengerjakan haji baru-baru ini.
Menerusi video TikTok yang dikongsikan Adam Muhammad, dia dilihat menangis kegembiraan apabila tiba di bumi Makkah sambil menolak troli yang dibawanya dari UK.
Menurut Gulf Today, Adam telah merentasi 9 negara iaitu Belanda, Jerman, Republik Czech, Hungary, Romania, Bulgaria, Turki, Syria dan Jordan sebelum tiba di Makkah untuk mengerjakan haji bagi tahun ini.
Ketibaannya di Makkah telah disambut orang ramai yang berkumpul di Masjid e Aisha.


Dalam pada itu, setibanya di Makkah, Adam telah mengucapkan rasa berterima kasihnya kepada rakyat Arab Saudi yang telah bermurah hati dalam membantunya di sana.
“Haji adalah impian tertinggi dan paling saya sayangi,” katanya.
Sepanjang perjalanan 6,500 km ke Makkah, Adam juga dilihat telah menolak troli yang mengandungi barang keperluan dan telah menjadi tempat untuknya berteduh.
@kk.8486 Mashallah #☝️ #fyp #uktomeccabyfoot #foryou #2022 ♬ original sound – To go Mecca by foot
Menurut Adam, dia juga sebelum ini pernah memberitahu media yang keputusannya untuk berjalan ke Makkah dibuat dalam keadaan tiba-tiba dan tak sangka dia dapat melakukannya.
Videonya tiba Makkah dalam keadaan terharu itu telah mendapat lebih 130,000 likes dan ribuan komen yang mana rata-rata sangat gembira melihat kejayaan kembara penuh cabaran lelaki itu demi untuk mengerjakan haji.