January 30, 2023

Pantai Timur menjangkakan 2.4 juta kenderaan sempena Aidiladha

1 min read

Sebanyak 1.648 juta kenderaan bakal menggunakan Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak dan 704,000 di LPT1 sempena Aidiladha, hasil tinjauan Anih Berhad.

Pengurus Besar Kanan Anih Berhad, Radzimah Mohd Radzi berkata, penambahan kira-kira 2.4 juta kenderaan itu berikutan orang ramai mengambil peluang bagi menyempurnakan ibadah korban dan pulang bersama keluarga memandangkan cuti hujung minggu yang panjang dari 8 hingga 11 Julai ini.

Namun beliau yakin para pengguna lebuh raya kini lebih cakna dengan persediaan yang diperlukan bagi memastikan perjalanan yang lebih selesa dan selamat menjelang perayaan tersebut.

“Perayaan Aidiladha merupakan kali ke-3 rakyat Malaysia berpeluang pulang ke kampung halaman masing-masing sejak negara memasuki fasa endemik tahun ini.

“Sungguhpun begitu, demi meningkatkan komitmen kami dalam menjamin keselesaan semua, Jadual Cadangan Perjalanan (TTA) tetap dikeluarkan sebagai peringatan di setiap musim perayaan”, katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Ujarnya, berdasarkan trend hujung minggu yang stabil sejak awal tahun, purata harian hujung minggu bagi Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak adalah sebanyak 161,000 manakala jumlah kenderaan di LPT1 pula direkodkan sebanyak 65,000 kenderaan.

“Antara langkah-langkah yang telah diambil oleh Anih Berhad bagi meningkatkan tahap kesediaan pada musim perayaan kali ini, ialah penambahan petugas-petugas dan anggota sebagai persediaan pengaktifan lorong-lorong tambahan jika berlaku peningkatan trafik.

© Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *