January 30, 2023

Semua pihak dalam BN dan UMNO perlu berhenti menyerang sesama sendiri

2 min read

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Sabtu lepas memberi peringatan kepada semua yang hadir program Konvensyen Barisan Nasional (BN) supaya sentiasa bersatu dalam menangani serta berdepan strategi serangan pembangkang dari luar parti.

Jika mahu berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 nanti hubungan bersama pemimpin dan semua ahli akar umbi dalam BN perlu kuat dan semua kelemahan dalam aspek itu perlu diperbetulkan dengan segera.

“Kalau kita bercakap soal pilihanraya, kita mesti merapatkan lagi hubungan kalau sebelum ini kurang rapat dan focus kita menentang parti pembangkang, musuh kita adalah pembangkang, hari ini walaupun PBS berada dalam kerajaan tetapi meraka yakin bahawa pilihanraya sudah tidak lama lagi, PBS pun sudah mula menyarang kita.

“Sebab itu lah.. kita mesti mula menyerang pembangkang untuk menghadapi pilihanraya ini, kalau kita kata didalam UMNO sebagai contoh, kita tidak mahu pimilihan parti sebelum PRU 15 jadi apa sebab kita menyerang sesame sendiri, kita nak bunuh sesame sendiri kerana akan berlaku pertandingan sesama sendiri dalam pemilihan parti”

“Jadi kita sudah tahu bahawa pemilihan parti akan berlaku selepas PRU 15, jadi mengapa kita serang sesama sendiri, tumpu dan focus lah kepada pilihanraya dahulu yang tidak lama lagi”, katanya Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera.

Di pihak semua kepimpinan dalam parti dan ahli, semua kena dalam satu hubungan yang kuat untuk menyokong langkah dan menghebahkannya kepada rakyat tentang kebaikan BN.

Banyak perkara yang dilakukan oleh kerajaan yang dilaksanakan untuk menyelesaikan kemelut mereka khususnya berkaitan isu kenaikan harga barang dan kekurangan bekalan bahan makanan.

Perdana Menteri juga sudah memberikan subsidi terus kepada rakyat untuk bantu mereka menampung kenaikan harga ayam melalui tambahan ke dalam Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) baru-baru ini.

Ismail Sabri juga sudah menyatakan bahawa jika kenaikan kos sara hidup terus berlaku dan semakin membebankan, kerajaan akan menambahkan jumlah pemberian BKM kepada rakyat.

“Saya berada dalam kerajaan ini mewakili UMNO dan BN, saya perdana menteri BN dan bukan perdana menteri parti-parti lain, menyerang saya adalah sama menyerang kepimpinan
BN dan UMNO”, katanya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *