August 9, 2022

Cuti kelepasan am 12 Julai untuk rakyat Kelantan

1 min read

Kerajaan Negeri Kelantan memberi cuti kelepasan am pada Selasa ini (12 Julai) sebagai cuti gantian sempena sambutan Aidiladha.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan menerusi kenyataan hari ini berkata kerajaan negeri telah mewartakan 9 Zulhijjah iaitu pada 9 Julai 2022 sebagai hari kelepasan am sempena dengan hari wuquf di Arafah sebagaimana surat pemakluman pihaknya pada 13 Jan lepas.

“Berdasarkan hari wuquf tersebut, hari kelepasan am bagi Hari Raya Korban pertama dan kedua masing-masing jatuh pada hari Ahad serta Isnin (10 dan 11 Julai).

“Oleh itu, bertepatan dengan pemakluman surat berkenaan hari Selasa menjadi hari kelepasan am negeri Kelantan sebagai cuti gantian Hari Raya Korban hari raya kedua,” menurut kenyataan itu.

 © Astro Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published.