January 30, 2023

Anwar Ibrahim tidak beradab, sanggup dakwa kerajaan yang mahu selesaikan masalah rakyat sebagai ‘bangang’

2 min read

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah mula membuat drama politiknya dalam ceramah apabila mula menyebarkan fitnah dan kritikan jahat kepada Kerajaan Keluarga Malaysia yang dipimpin oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Kata-kata Anwar yang mengatakan kerajaan sekarang ini dengan kata-kata “bangang” adalah satu perbuatan kurang ajar pada masa sama tidak sedar diri.

Bagaimana seorang pemimpin yang terkenal dengan imej seorang ilmuwan yang arif tentang agama, kutukan seperti itu mencerminkan Anwar bukanlah orang yang boleh bersabar dengan dugaan dan cuba mencari jalan penyelesaian untuk menanganinya.

Anwar mengeluarkan kata-kata itu ketika berceramah dalam siri Ceramah Jelajah Harapan di Tanjong Karang.

Sebenarnya, pada Februari 2020 selepas Pakatan Harapan (PH) yang dianggotai Anwar menjadi kerajaan selepas pakatan itu menang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 pada tahun 2018.

Sejak menang, banyak janji dan ikrar PH untuk rakyat dalam manifesto mereka gagal ditunaikan. Apatah lagi, banyak juga janji 100 hari yang gagal ditunaikan tetapi dijaja di mana-mana lokasi ceramah.

Harga petrol gagal diturunkan, hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan tol gagal dihapuskan, oleh siapa kerajaan PH yang Anwar sendiri di dalamnya.

Pada masa itu, isteri Anwar Tan Sri Dr Wan Azizah Wan Ismail adalah Timbalan Perdana Menteri kepada Tun Dr Mahathir Mohamad. Perdana Menterilah yang meletakkan jawatan secara tiba-tiba menyebabkan kerajaan runtuh dan keadaan politik huru-hara sehingga sekarang ini.

Kalau dalam erti kata lain, perbuatan Anwar ialah umpama “meludah ke langit, terkena muka sendiri”.

Pada masa itu, awal tahun 2020, pelbagai peringatan sudah diberikan oleh agensi kerajaan tentang bermulanya penularan wabak COVID-19 dalam negara. Sidang media Menteri Pelancongan Datuk Mohamaddin Ketapi melarang sekatan dikenakan ke atas pelancong benar-benar makan diri.

Bukan kerajaan sekarang yang bangang, kerajaan PH pada masa itu yang bangang. Rakyat terpaksa menanggung Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama bertahun tidak boleh ke mana-mana.

Ekonomi perlahan-lahan melarat jadi teruk dan kini Ismail Sabri bersama kabinetnya memikul amanah untuk bawa negara keluar dari kemelut ini.

Kata-kata Anwar yang mengkritik penubuhan Pasukan Khas Jihad Melawan Inflasi sebagai langkah lambat selepas rakyat menderita adalah tidak benar. Kerajaan sentiasa mencari jalan penyelesaian untuk membantu rakyat berdepan dengan kos sara hidup.

Kerajaan hari ini bukanlah seperti dakyah dan ceramah “berapi-api” DSAI, kerajaan tidak mampu dan tidak ingin menipu rakyat seperti mana DSAI sendiri yang pernah berkata, PH menang esok harga minyak turun.

Belum sedar kah DSAI, bahawa era penipuan telah berakhir. Langit telah terbuka, maklumat berada di hujung jari. Masih adakah lagi yang akan percaya siri ceramah kepada golongan penjunjung “manifesto bukan kitab suci ” ?.

Selain turun ke jalanan dan menyemai politik kebencian serta meletakkan kesalahan hanya kepada kerajaan semata-mata, apakah kualiti lain yang mampu DSAI tawarkan kepada rakyat ?.

Patutlah kini, Parti Keadilan Rakyat (PKR) sendiri semakin berpecah kepada banyak kubu bahkan populariti Rafizi Ramli sendiri sedang bersaing hebat dengan Presiden PKR-DSAI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *