March 23, 2023

Pembunuh isteri dan bayi bebas dadah

1 min read

Suspek pembunuhan isteri dan bayi dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan perintah tahanan reman di Mahkamah Majistret Johor Bahru, hari ini. - Foto NSTP/NUR AISYAH MAZALAN

Polis telah mengesahkan suspek dalam insiden bunuh isteri dan bayi lelakinya di Johor Bahru, Johor, semalam bebas daripada penyalahgunaan dadah.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, berkata hasil ujian saringan awal air kencing yang dibuat ke atas suspek mendapati dia negatif dadah.

Beliau berkata, sehingga kini, siasatan masih giat dijalankan untuk mengetahui motif sebenar kejadian itu.

Ditanya mengenai dakwaan suspek mengalami kemurungan atau tekanan hidup, Raub berkata, beliau akan memaklumkan perkara itu kemudian.

“Nanti saya ‘update’,” jawabnya ringkas.

Semalam, suspek lelaki berusia 25 tahun itu ditahan polis kira-kira 2.45 petang di kawasan Permas Jaya selepas dilaporkan melarikan diri dalam keadaan bogel sejurus insiden terbabit.

Suspek, yang bekerja sebagai pencuci kapal, direman tujuh hari bermula hari ini, disyaki membunuh isterinya, 26 tahun dan anak lelakinya, berusia tiga bulan.

© Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *