December 8, 2023

Usaha ibu muda 23 tahun membesarkan 34 orang anak seorang diri dipuji ramai

2 min read

Murni hati seorang wanita muda berusia 23 tahun yang sanggup menjadi ibu kepada 34 ‘anak’.

Siapa yang sangka kan? Pada usia terlalu muda sudah mempunyai anak seramai itu.

Tidak mengejutkan, wanita tersebut Tusayiwe Mkhondya dari Malawi, Timur Afrika adalah pengasas organisasi amal dikenali “You Are Not Alone” (YANA), yang mengambil dan menguruskan anak-anak yatim, kanak-kanak jalanan dan ibu muda.

Organisasi amal itu bertujuan untuk membantu mereka menjaga dan menguruskan kehidupan seharian.

Tusayiwe tampil berkongsi aktiviti hariannya di laman TikTok @tusaiweyana di mana dia mendapat perhatian dan pujian ramai.

Jelas kelihatan rutin dan kehidupan hariannya sebagai ‘ibu’ yang hebat kepada anak-anak kurang bernasib baik, seperti bangun pada jam 4 pagi setiap hari dan menyediakan tiga kali hidangan sehari untuk semua kanak-kanak.

Rutin hariannya berlangsung sehingga selepas 7 malam. Walaupun Tusayiwe telah menidurkan semua anak-anak jagaannya pada waktu tersebut, dia harus sentiasa bersedia, dan jika perlu, berjaga sepanjang malam untuk memberikan susu, menukar lampin dan menenangkan bayi menangis yang mungkin tersedar pada bila-bila masa.

Menurut laporan The Sun, Tusayiwe sendiri pernah melalui pengalaman menjadi ibu tunggal dan gelandangan pada usia 18 tahun yang mendorongnya membuka YANA.

Oleh kerana dia sangat mengalami perasaan golongan muda tidak berdaya dan berputus asa, jadi ibu muda ini memutuskan untuk memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan dengan semampu yang mungkin melalui organisasi tersebut.

Tusayiwe berkata kesemua kanak-kanak ini tidak semua ditinggalkan. Ada yang menjadi anak yatim, ada yang mempunyai ibu atau bapa tunggal dan ada yang ditinggalkan oleh kedua ibu bapa mereka sama sekali.

Kanak-kanak dalam pusat perlindungan itu berusia antara 5 bulan dan paling tua remaja berusia 16 tahun.

Untuk membantu remaja dan kanak-kanak yang berada dalam situasi yang sama, Tusayiwe berharap YANA dapat mengajar kanak-kanak ini dengan asas pengetahuan, memperkasa diri dan kemahiran hidup demi masa depan mereka.

Rata-rata warga maya mengagumi usaha murni dan mulia Tusayiwe selepas melihat video itu.

Ujar mereka;

“Anda yang kuat, moga terus diberi kekuatan menjadi seorang ibu tetapi hanya satu boleh dikatakan, full of respect!”

“Anda telah melakukan perkara yang hebat untuk mereka, teruskan usaha murni anda!”

“Awak luar biasa. Anda menjadikan dunia tempat yang lebih baik.”

“Terima kasih untuk semua yang anda lakukan… tetapi juga jaga diri anda supaya anda kuat untuk mereka.”

“Apabila saya menonton ini saya fikir anda adalah Sky Jackson, tetapi anda sangat cantik.”

© Sinar Plus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *