March 23, 2023

Hukuman gantung untuk Kalwant Singh dijalankan pagi tadi

1 min read

Warga Malaysia Kalwant Singh yang dijatuhi hukuman gantung, menjalani hukuman pada awal pagi di Penjara Changi Singapura, Jasadnya akan dibawa pulang ke Cameron Highlands lewat hari ini.

Perkara itu disahkan peguamnya, Too Xing Ji ketika dihubungi media. Mahkamah Rayuan Singapura semalam menolak rayuan terakhir Kalwant, yang pelaksanaannya ditetapkan hari ini. Kalwant, 32, dijatuhi hukuman gantung di Singapura pada 1 Jun 2016 atas kesalahan mengedar dadah.

Sabitan dan hukumannya dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan pada tahun yang sama. Menurut Too, upacara memperingati Kalwant akan diadakan di 38 Sin Ming Drive pada sebelah petang. Kalwant, yang berasal dari Cameron Highlands ditahan di republik itu pada 24 Oktober 2013, dan disabitkan atas tuduhan memiliki 60.15gm diamorphine dan mengedar 120.9gm dadah jenis itu.

Kalwant memfailkan usul kepada Mahkamah Rayuan bagi penangguhan pelaksanaan hukuman serta semakan terhadap sabitan dan hukumannya. Permohonan penangguhan hukumannya didengar Ketua Hakim Sundaresh Menon; Hakim Andrew Phang Boon Leong; dan Hakim Tay Yong Kwang melalui platform Zoom.

© Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *