January 30, 2023

Subvarian Omicron BA.5 mungkin sudah ada di Malaysia

1 min read

Terdapat peningkatan sebanyak 31 peratus kes COVID-19 bagi tempoh 3 Julai hingga 7 Julai.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan, sebanyak 13 kes subvarian Omicron dikesan setakat 30 Jun lalu, termasuk lima kes varian Omicron BA.5.

“Sehingga 30 Jun dan data ini kita sedang kemas kini terdapat 13 kes subvarian Omicron yang kita sedang pantau. Enam kes BA.2 12.1, lima kes BA.5 dan dua kes BA.5.2. Setakat ini tiada kes BA.4.

“Kes-kes ini adalah kes jujukan genom dibuat ke atas kes positif antara Mei dan Jun, jadi kemungkinan BA.5 sudah merebak dengan meluas di Malaysia,” katanya dalam sidang media, di Kuala Lumpur, hari ini.

Jelas Khairy, BA.5 merupakan subvarian utama yang menyebabkan peningkatan kes COVID-19 di seluruh dunia ketika ini.

Awal hari ini, media melaporkan jangkitan kes baharu COVID-19 melonjak kepada 4,020 kes pada Khamis berbanding 3,561 pada hari sebelumnya.

© Astro Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *