September 28, 2023

Tidak perlu layan permintaan untuk dapat jawatan atau kedudukan, fokus tolong rakyat

2 min read

Ketika rakyat negara ini sedang bergelumang dengan masalah kenaikan harga dan kos sara hidup, ada pihak pula sibuk mahu mendapatkan jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Pada masa yang sukar seperti ini, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sedang berusaha dengan segala daya dan mampu untuk bantu rakyat berdepan dengan beban kenaikan kos sara hidup.

Sama-sama dengan anggota Kabinetnya duduk bersama berbincang mengambil langkah untuk menampung kenaikan harga barang keperluan yang naik mendadak dek kerana suasana ekonomi dunia yang tidak menentu.

Itu yang sepatutnya dilakukan bukannya mahu jawatan Timbalan Perdana Menteri untuk partinya. Itulah yang dilakukan oleh bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika ini untuk partinya Bersatu.

Muhyiddin dalam pentadbiran ialah Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) tapi buat gerakan untuk lobi jawatan untuk parti sendiri.

Beliau turut memberi arahan supaya Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan membuat kenyataan mengatakan bahawa jawatan Timbalan Perdana Menteri untuk Bersatu ada satu terma dalam perjanjian antara Ismail Sabri dan Perikatan Nasional (PN).

Ismail Sabri nampaknya tidak ambil endah kemahuan Muhyiddin sebaliknya terus ambil langkah pantas untuk bantu rakyat dengan mewujudkan Pasukan Khas Jihad Inflasi untuk selesaikan masalah beban kos kehidupan harian.

Beliau tunjukkan komitmen sebenar untuk usaha kerajaan atasi masalah paling besar rakyat di mana-mana negara pun.

Dengan usaha ini, rakyat tak perlu ambil masa lama untuk menilai bagaimana pantas tindakan Ismail Sabri dalam menangani masalah dan krisis.

Bagi Ismail Sabri ini adalah masa yang penting dan perlunya meletakkan kepentingan rakyat dan negara sebagai keutamaan dan semua kepimpinan parti yang turut berada di dalam kerajaan seperti UMNO BN, Perikatan Nasional, GPS dan GRS terus menyokong kerajaan menumpukan strategi menghadapi kenaikan kos sara hidup rakyat dan ekonomi negara.

Muhyiddin sebagai Pengerusi PN patut lupakan dulu jawatan berkenaan dan tumpukan usaha memulihkan negara.

Jangan beliau sedar bahawa beliau sudah gagal jadi Pengerusi MPN kemudian cuba alihkan isu dengan mewujudkan pula perselisihan berkaitan jawatan nombor dua dalam kerajaan itu.

Sepatutnya Muhyiddin berjumpa Perdana Menteri untuk membawa cadangan yang komprehensif bagi membantu kerajaan menangani isu kenaikan kos sara hidup rakyat dan bukannya sibuk dengan isu perlantikan jawatan Timbalan Perdana Menteri atau perlantikan Menteri baharu menggantikan Datuk Zuraida Kamaruddin.

Hari ini, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengeluarkan kenyataan berhubung jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Menurut Abdul Hadi, menteri sedia ada perlu menjalankan tugas masing-masing dan ini bermakna jawatan Timbalan Perdana Menteri tersebut tidak diperlukan buat masa ini.

Kenyataan Hadi jelas menunjukkan perjanjian yang ditandatangani oleh Ismail Sabri bukan mendapat persetujuan parti yang berada di dalam Perikatan Nasional oleh itu perjanjian tersebut terbatal dengan sendiri dan tidak boleh dikuatkuasakan.

Muhyiddin juga lebih awal melanggar perjanjian kerana telah cuba menjatuhkan Perdana Menteri apabila dengan terang memujuk Pakatan Harapan untuk bekerjasama dengan mereka bagi menumbangkan Ismail Sabri.

Ismail Sabri tidak perlu layan cadangan dan permintaan dari Muhyiddin. Beliau perlu bersedia untuk membubarkan Parlimen jika Bersatu membuat keputusan menarik diri dari menyokong kerajaan.

Muhyiddin memilih berpolitik atau selesaikan permasalahan rakyat dan negara?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *