January 30, 2023

Polis siasat wanita hina agama Islam di kelab komedi

1 min read

Tangkap layar dari video yang tular di laman sosial

Polis telah membuka kertas siasatan susulan tindakan seorang wanita yang didakwa menghina agama Islam yang tular di media sosial hari ini.

Menurut Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Norsiah Mohd Saaduddin, wanita terbabit dipercayai bertindak sedemikian ketika membuat persembahan di sebuah kelab yang berunsurkan komedi di Taman Tun Dr Ismail.

Katanya, siasatan dibuat susulan laporan polis yang diterima pada Sabtu berhubung rakaman video insiden itu yang tersebar.

“Siasatan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dan kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan iaitu atas alasan agama yang boleh menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan atau niat jahat memudaratkan keadaan harmoni.

“Siasatan turut dibuat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

© Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *