January 30, 2023

Geli-geli politik Malaysia

2 min read

Semasa G15 UMNO sibuk nak jatuhkan Muhyiddin Yassin dari kerusi Perdana Menteri, semasa itu Mael Sabri adalah Timbalan Perdana Menteri kepada Muhyiddin Yassin.

Baru-baru ini, ada orang beri kredit kepada Presiden UMNO konon atas kerja taktikal politik Presiden UMNO, Mael Sabri boleh jadi Perdana Menteri.

Aku masih ingat lagi apa media lapor pada hari MKT UMNO bermesyuarat dan putuskan kesemua Ahli-Ahli Parlimen UMNO-BN akan sokong Mael Sabri sebagai Perdana Menteri yang baharu. BN ada 42 Ahli Parlimen.

Media lapor Annuar Musa sebagai berkata, Mael Sabri sudah mendapat sokongan secara hitam putih berjumlah lebih 69 Ahli Parlimen beberapa parti, (tidak termasuk BN).

Partinya sokongan Ahli Parlimen dari parti-parti lain kepada Mael Sabri bukan atas usaha UMNO atau Presiden UMNO. Ia usaha Mael Sabri sendiri.

Tentu ada yang masih ingat laporan-laporan media mengenai perjumpaan Mael Sabri dengan Ahli-Ahli Parlimen di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur semasa tempoh gawat politik pada Ogos tahun lalu.

Kelmarin, tular sebahagian perjanjian bertulis antara Perikatan Nasional yang diwakili oleh Pengerusi Parti Perikatan Nasional dengan Mael Sabri, calon Perdana Menteri.

Ketulenan perjanjian itu belum boleh disahkan. Setakat ini hanya Muhyiddin Yassin, seorang daripada empat orang yang tandatangani perjanjian kata ada perjanjian.

Perjanjian bukan antara parti dengan parti. Bukan antara Perikatan Nasional dengan UMNO-BN. Ia perjanjian antara Parti Perikatan Nasional dengan Mael Sabri, calon PM pada masa itu.

Sama seperti MOU antara Pakatan Harapan dengan Kerajaan. Ia bukan antara Pakatan Harapan dengan UMNO-BN. UMNO-BN tidak terlibat.

Kepimpinan tertinggi juga pernah kata Kerajaan Perikatan Nasional yang diterajui oleh Muhyiddin Yassin dulu dan turut disokong oleh UMNO-BN adalah Kerajaan yang dibentuk oleh Ahli-ahli Dewan Rakyat, bukan satu Kerajaan oleh parti-parti; walaupun Presiden parti-parti yang membentuk Kerajaan tandatangani surat sokongan kepada Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Kerajaan Persekutuan baharu pimpinan Mael Sabri bukan terbentuk kerana sokongan Ketua parti-parti yang ada dalam Kerajaan masa kini.

Kerajaan ini terbentuk setelah setiap Ahli-Ahli Parlimen menyatakan sokongan peribadi mereka kepada seorang calon Perdana Menteri melalui SD yang dihantar kepada Yang DiPertuan Agong dan Yang DiPertuan Agong berpuashati dengan sokongan majoriti yang diperolehi oleh Mael Sabri.

Dan ramai juga kata Kerajaan Persekutuan (Keluarga Malaysia) yang diterajui oleh Mael Sabri adalah kesinambungan Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin Yassin. Dengan kata lain, ini bukan Kerajaan UMNO-BN, hanya Perdana Menteri dari UMNO-BN.

Namun begitu, UMNO-BN dapat banyak manfaat darinya juga. Ramai pemimpin-pemimpin UMNO walaupun bukan Ahli-Ahli Parlimen dapat jawatan dan kedudukan dalam Kerajaan dan agensi-agensi Kerajaan serta GLCs.

MKT UMNO boleh buat apa saja ketetapan, tapi MKT UMNO tidak boleh menentukan perjalanan Kerajaan Persekutuan.

Boleh beri cadangan sajalah sepertimana MKT UMNO sudah pernah buat, antaranya beri syarat-syarat untuk UMNO terus sokong Mael Sabri sebagai Perdana Menteri.

Lain-lain hangpa pikiaq sendirilah.

– Azizi Safar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *