January 30, 2023

Detik cemas seorang Ibu

1 min read

Seorang wanita berdepan detik cemas selepas anak lelakinya berusia dua tahun terperangkap di dalam sebuah kereta di parkir rumah di Taman Kesidang, Bachang, pada Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, mangsa bagaimanapun berjaya dikeluarkan dengan bantuan pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Abdul Rahim Ismail berkata, sepasukan anggota serta pegawai dikejarkan ke lokasi kejadian selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 8.34 pagi.

“Setiba di lokasi kita dapati seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun terkunci dalam sebuah kereta jenis Honda Civic.

“Mangsa berjaya dikeluarkan dalam masa sembilan minit dan diserahkan semula kepada keluarga dalam keadaan selamat,” katanya ketika dihubungi.

Jelasnya, ibu kanak-kanak terbabit memaklumkan kereta terkunci secara automatik ketika dia keluar sebentar dari kenderaan itu untuk mengambil barang di dalam rumah.

© Astro Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *