Penjualan aset Petronas di Azerbaijan berasaskan keputusan komersial ucap Mustapa
1 min readKeputusan penjualan aset gas Petronas di Azerbaijan adalah berdasarkan penilaian komersial jangka masa panjang serta pemampatan kos untuk menjamin daya tahan dan kecemerlangan operasi serta komersial.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata ia sebahagian daripada usaha penilaian semula aset dan portfolio perniagaan Petronas yang dilaksanakan secara berterusan.
Langkah-langkah ini perlu diambil bagi mengekalkan kedudukan kewangan yang kukuh. Dalam hal ini, bukan sahaja aset di Azerbaijan yang terlibat, malah aset-aset lain yang telah memenuhi potensinya turut diberi pertimbangan sama ada untuk dijual atau untuk dikurangan pemilikan aset.
“Keputusan yang diambil oleh Petronas juga adalah bertepatan dengan strategi kumpulan untuk memastikan portfolio haluan yang berfokus, berdaya saing dan mampan,” katanya pada sesi Kamar Khas di Dewan Rakyat hari ini.
© Awani