September 26, 2022

China bina kapal angkasa pelancongan

1 min read

CAS Space, sebuah syarikat roket Akademi Sains China yang terletak di Moscow sedang membangunkan kenderaan pelancar dan kapal angkasa untuk memberi peluang kepada pelancong merasai pengalaman berada di angkasa lepas untuk jangka pendek, lapor Sputnik memetik kenyataan pengasas syarikat, Yang Yiqiang.

“Seiring dengan perkembangan pesat teknologi angkasa, lawatan ke angkasa lepas untuk orang awam bukan lagi fantasi tetapi realiti. Perjalanan ke angkasa lepas akan memberi pengalaman baharu yang tidak pernah mereka alami sebelum ini,” katanya pada Khamis, lapor Sputnik.

Syarikat itu merancang untuk menjalankan sekurang-kurangnya 15 ujian pelancaran bagi menguji keupayaan teknologinya. Sekiranya berjaya, kapal angkasa itu akan membawa sehingga tujuh penumpang ke orbit pada ketinggian lebih 99.7 kilometer.

Pelancong akan menyeberangi Karman Line – dan merasai pengalaman tanpa tarikan graviti. Penerbangan itu akan berlangsung hanya beberapa minit, tetapi cukup untuk pelancong menikmati pemandangan di angkasa lepas.

Perjalanan ke angkasa lepas itu dilaporkan menelan belanja kira-kira US$300,000. Setiap pelancong perlu menjalani latihan khas sebelum melakukan perjalanan. Roket itu dijadual memulakan ujian teknikalnya pada 2023.

© Astro Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published.