COVID-19: Pengunaan katil ICU tinggi
1 min readPenggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) di seluruh negara mencecah 63.9 peratus membabitkan 61 pesakit COVID-19.
Data melalui laman sesawang COVIDNOW menunjukkan, penggunaan katil di wad ICU juga tinggi di beberapa negeri iaitu 82.9 peratus di Selangor; Kedah (77.2 peratus); Kelantan (75.3 peratus) dan Kuala Lumpur (71.7 peratus).
Selain itu, setakat tengah malam tadi, seramai 38 pesakit COVID-19 yang ditempatkan di ICU memerlukan bantuan pernafasan.
Setakat tengah malam tadi juga, sebanyak tujuh kematian akibat COVID-19 direkodkan termasuk tiga kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).
Ia membabitkan tiga kematian di Johor, dua kematian di Kedah, kedua-duanya kes BID, dan masing-masing satu kematian di Melaka dan Pahang (iaitu kes BID).
Sementara itu, sebanyak 3,936 kes positif baharu COVID-19 dikesan setakat tengah malam tadi, termasuk satu kes import.
Ia menyumbang kepada sejumlah 4,622,981 kes positif COVID-19 yang dikesan sejak 25 Januari 2020 hingga kini.
Pada masa sama, sebanyak 42,511 kes masih aktif setakat tengah malam tadi, dengan 40,933 individu menjalani isolasi di rumah; 1,484 pesakit dirawat di hospital manakala 33 kini berada di Pusat Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC).
© Berita Harian