September 28, 2022

Keterbukaan kerajaan menerajui negara berjaya kekalkan kestabilan dan kemakmuran

1 min read

Kerajaan yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kini sudah berjaya mentadbir negara dengan baik dan berjaya kekalkan stabil serta makmur dalam negara.

Keadaan politik yang elok dengan persefahaman yang kuat antara kerajaan dan pembangkang juga menyumbang kepada suasana baik di seluruh negara.

Baru-baru ini, di beberapa tempat dalam negara ada dilaporkan kekurangan bekalan bahan makanan ayam sehingga menyebabakan harga ayam naik dan ada masalah bekalan tiada di sesetengah tempat.

Kerajaan pada masa itu mengambil langkah mengawal harga ayam dengan memastikan harganya lebih rendah dari harga siling yang ditetapkan dan kemudian Ismail Sabri mengambil langkah cepat menyekat eksport ayam untuk memastikan stok dalam negara cukup.

Kemudian, ada pula kes kekurangan bekalan minyak masak. Kerajaan mengambil langkah mewujudkan stok penimbal yang akan menampung kekurangan bekalan bahan itu supaya ia dapat dihantar ke tempat bermasalah dengan cepat.

Dalam aspek politik pula, kerajaan stabil hasil rundingan dan perbincangan bersama semua pihak sama ada dalam kerajaan atau pembangkang.

Perbincangan dilakukan apabila ada isu timbul seperti contoh isu tuntutan waris Kesultanan Sulu ke atas aset Petronas di mana taklimat diadakan beberapa kali untuk menjelaskan kedudukan sebenar isu berkenaan.

Hasil penjelasan, ia dapat diterima dengan baik oleh pelbagai pihak.

Langkah ini menunjukkan pendekatan keterbukaan kerajaan dalam menstabilkan kerajaan dalam politik dan segmen lain dalam masyarakat demi kebaikan rakyat berjaya dan ia tidak pernah berlaku dan tidak pernah dicapai oleh kerajaan terdahulu.

Leave a Reply

Your email address will not be published.