Angka korban banjir berlumpur Iran terus meningkat
1 min read
Sekurang-kurangnya 80 orang maut dan dan 30 lagi hilang akibat banjir yang melanda seluruh Iran selama lebih seminggu.
Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bulan Sabit Merah, Yaghoub Soleimani.
“Seramai 59 maut dan 30 masih hilang dalam insiden yang disebabkan oleh banjir baru-baru ini,” katanya sepertimana dipetik agensi berita Irna.
Angka itu merupakan tambahan kepada jumlah mangsa banjir kilat disebabkan hujan lebat di wilayah selatan Fars sehingga menyebabkan sekurang-kurangnya 22 orang maut, sejurus sebelum permulaan bulan Mordad dalam kalendar Iran.
Ramai daripada mangsa itu menghabiskan hari mereka di tepi sungai.
Menurut Soleimani, sebanyak 60 bandar, 140 pekan dan lebih 500 perkampungan di seluruh Iran yang diduduki 83 juta penduduk, terjejas akibat banjir tersebut.
Berdasarkan senarai dikeluarkan Bulan Sabit Merah, wilayah Teheran merupakan kawasan paling terjejas dengan melaporkan sebanyak 35 kes kematian.