Kerajaan sekarang berjaya pulihkan ekonomi, negara kembali ikut landasan yang betul
2 min read
Langkah kerajaan Keluarga Malaysia membuka kembali sektor ekonomi secara besar-besaran merupakan satu langkah yang tepat pada masanya.
Ekonomi negara semakin baik dan menunjukkan prestasi yang lebih baik selepas selama lebih dua tahun negara dilanda krisis akibat wabak yang merosakkan ekonomi seluruh dunia COVID-19.
Pada masa itu, bukan sahaja ekonomi lumpuh malah kehidupan harian rakyat Malaysia juga menjadi tidak normal kerana ketika itu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terpaksa dilaksanakana di seluruh negara.
Melalui pentadbiran diterajui oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob negara berjaya mengharungi onak dan duri dalam fasa peralihan ke fasa endemik. Ekonomi kembali berfungsi seperti sedia kala dan sektor pelancongan juga kembali rancak apabila sempadan negara juga turut dibuka.
Berdasarkan statistik, di sebalik tekanan inflasi, nilai jualan perdagangan borong dan runcit negara turut mencatatkan rekod baharu iaitu RM129.8 bilion pada bulan Mei dan ianya pencapaian tertinggi sejak Mei 2013.
Walaupun seluruh dunia terjejas dengan inflasi namun kadar inflasi di Malaysia adalah pada 3.4% iaitu berada di dalam senarai 10 negara terendah inflasi di Asia.
Menurut kajian oleh World Economic Forum (WEF) juga mendapati Malaysia berkedudukan kedua terbaik di rantau Asia Tenggara dalam indeks daya saing dan berada di tangga ke-32 dunia.
Dunia menilai Malaysia lebih baik di sebabkan negara kita mempunyai asas yang kuat di dalam penyelesaian pandemik covid19, ekonomi dan menstabilkan keadaan politik negara dengan kadar yang cepat.
Kestabilan politik antara faktor utama yang menarik pelaburan asing di mana Malaysia sudah pun mencapai ‘Foreign Direct Investment (FDI)’ sebanyak RM48.1 bilion bagi tahun 2021 berbanding RM13.3 bilion pada tahun sebelumnya.
Angka pelaburan ini menunjukkan bahawa Malaysia di dalam ekonomi global sedang menunjukkan pemulihan secara beransur-ansur selepas kesan selama dua tahun pandemik covid19 dan juga ketidakstabilan politik negara.
Kesemua ini boleh dicapai kerana kita memiliki seorang Perdana Menteri yang faham dan bijak mengatur strategi serta berani membuat keputusan yang tidak popular dan sanggup berdepan dengan kritikan.
Banyak perubahan sudah ditunjukkan oleh Ismail Sabri dalam memulihkan keadaan ekonomi dan antara yang paling utama langkah beliau berdepan dengan kartel penternak ayam yang cuba bermain dengan harga ayam sehingga menjejaskan bekalan dan keperluan pengguna.
Pelbagai tohmahan jahat sebelum ini terjawab dengan keputusan yang berani dari Perdana Menteri yang akhirnya tidak sampai pun dua bulan seperti yang dijangkakan, harga ayam jauh lebih rendah dari harga siling yang dicadangkan.
Hari ini harga runcit ayam segar berada pada RM4.30 sekilogram berbanding harga siling yang dicadangkan RM9.40 sekilogram.
Ini adalah kejayaan kepada tindakan dan keberanian Ismail Sabri. Ini adalah sebenarnya intipati konsep Keluarga Malaysia yang diilhamkan oleh beliau yang juga Ahli Parlimen Bera.