September 26, 2022

Pentadbiran negara dan tugas kerajaan menjaga kepentingan rakyat berjalan seperti biasa

2 min read

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melawat gerai pameran yang ada selepas hadir merasmikan pameran MAHA 2022 di MAEPS, Serdang hari ini.

Kenyataan satu atau dua orang pemimpin dalam Bersatu hanya merupakan kenyataan yang dibuat atas kapasiti individu dan bukannya pendirian rasmi Perikatan Nasional (PN) yang memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri.

Ketika ini, khabarnya Ismail Sabri sudah pun mengadakan pertemuan dengan mereka yang sepatutnya dan beliau tidak mengetahui sama ada betul atau tidak ada PN menyuarakan hasrat untuk menarik balik sokongan ke atas kerajaan.

Ketika beliau hadir untuk merasmikan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Malaysia (MAHA) 2022 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) hari ini, Ismail Sabri berkata kerajaan bersedia apa sahaja jalan cerita berikutnya termasuk membubarkan Parlimen sekiranya ia perlu dilakukan.

Sebagai negara demokrasi, mana-mana parti berhak membuat keputusan untuk menyokong siapa.

“Terserah kepada siapa-siapa untuk membuat sebarang keputusan kerana mana-mana parti pun boleh buat keputusan sendiri tapi yang pentingnya, kesan daripada itu kita terpaksa hadapi kalau tarik sokongan dan kalau kerajaan itu tumbang, maka pilihan raya perlu dilaksanakan selepas itu.

“Jadi kalau semua bersedia ke arah pilihan raya, maka tiada pilihan untuk kita adakan pilihan raya. Jadi kerajaan sentiasa bersedia dalam apa sahaja keadaan. Kalau bersedia hadapi pilihan raya, maka kita akan adakan pilihan raya,” katanya.

Sejak beberapa hari ini, berlaku beberapa perbuatan balas membalas kenyataan dari pemimpin dalam Barisan Nasional (BN) dan Bersatu di dalam PN berikutan kontroversi ini.

PN sebelum ini menyuarakan kekecewaan kerana mendakwa Ismail Sabri tidak menunaikan terma dalam satu perjanjian yang dikatakan dibuat di antara PN dan Ismail Sabri berkaitan lantikan beberapa jawatan Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Kenyataan yang dibuat oleh Ketua Penerangan Bersatuk Datuk Wan Saiful Wan Jan dibuat atas dasar pandangan individu iaitu dirinya sendiri dan beliau berniat untuk menonjolkan diri sendiri untuk melobi untuk jadi calon bagi Bersatu.

Bagi Ismail Sabri, kerajaan akan bergerak dan tugas berjalan seperti biasa mentadbir negara untuk menjaga kepentingan rakyat. Jika ada pihak tidak berpuas hati mahu tarik sokongan, buatlah demikian dan pilihan raya umum akan diadakan selepas Parlimen dibubarkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.