September 26, 2022

Lelaki direman susulan tular video meletakkan vape di mulut bayi

1 min read

Seorang lelaki yang sanggup meletakkan rokok eletronik atau pun vape di mulut bayi perempuan berusia tujuh bulan telah direman selama lima hari bermula hari ini.

Perintah reman terhadap suspek berusia 23 tahun itu dikeluarkan Majistret, R. Salini di Mahkamah Majistret Johor Bahru.

Suspek berpakaian hitam tiba di pekarangan mahkamah kira-kira pukul 8.30 pagi.

Sebelum itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd. Wahid memaklumkan, suspek ditahan ketika dipanggil untuk memberi keterangan pada pukul 12.45 tengah hari semalam.

Polis menerima laporan kejadian daripada ibu bayi pada pukul 2.56 petang pada Sabtu lalu.

Menurut laporan berkenaan, pengadu sedang makan di sebuah restoran di Bandar Baru Uda di sini bersama-sama anaknya, adik perempuan dan rakan lelaki adik perempuannya yang merupakan suspek dalam kejadian tersebut.

“Secara tiba-tiba, suspek yang sedang memangku bayi berkenaan dengan niat bergurau meletakkan vape yang tidak berfungsi di mulut bayi itu manakala kejadian dirakam adik perempuan pengadu sendiri,” katanya dalam satu kenyataannya.

Rakaman berdurasi 15 saat tersebut kemudian dimuat naik oleh adik pengadu ke dalam laman sosialnya sebelum tular dan mendapat kecaman daripada masyarakat.

© MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published.