September 28, 2022

IPU Sri Aman tidak sihat

1 min read

Sri Aman menjadi satu-satunya lokasi di negara ini mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat susulan keadaan berjerebu pagi ini.

Menurut laporan laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) bacaan IPU di Sri Aman mula mencatat ke tahap tidak sihat iaitu 105 pada jam 1 pagi.

Bacaan IPU semakin meningkat pada jam berikutnya iaitu 111 diikuti 121 pada jam 3 pagi.

IPU Sri Aman terus meningkat pada jam 4 pagi apabila mencapai 131, diikuti 142 pada jam 5 pagi, 151 pada jam 6 pagi dan 152 pada jam 7 dan 8 pagi.

Sehingga jam 8 pagi, bahagian lain di Sarawak masih mencatatkan bacaan IPU pada tahap sederhana dengan Kuching 70, Samarahan (74), Serian (83), Sibu (56), Mukah (53), Bintulu (61), Miri (56), Limbang (55) dan Lawas (53).

Dua bahagian pula mencatatkan bacaan pada tahap baik iaitu Betong (49) dan Kapit (43).

Mengikut bacaan IPU 0 – 50 dikategorikan sebagai baik, sederhana (51 – 100), tidak sihat (101 – 200), sangat tidak sihat (201 – 300), berbahaya (301 – 400), sangat bahaya (401 – 500) dan kecemasan (lebih 501)

© Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published.